Filem Seram "Munafik", Buah Tangan Terbaru Dari Syamsul Yusof

Selepas sudah beberapa tahun Syamsul Yusof ‘merajuk’ dengan industri seni sebab filem ‘KL Gangster 2’ arahannya telah bocor di internet sebelum tayangan.. Kini, pengarah tu sudah kembali dengan semangat baru serta menghasilkan satu lagi karya hebat buat tatapan rakyat Malaysia..

Filem arahan Syamsul iaitu ‘Munafik’ akan menemui penonton tak lama lagi.. Ini adalah filem seram kedua diarahkan oleh pengarah berbakat itu.. Kiranya, filem seram kali ini seperti ‘comeback’ Syamsul selepas merajuk dengan industri seni..

Baru tengok trailer filem itu pun Miss A dah rasa seram, babak dalam filem ini banyak menyentuh soal keagamaan serta sensitiviti masyarakat masa kini.. Kalau sebelum ini filem ‘Khurafat’ telah mencatat kutipan mencecah RM8 juta.. Adakah filem ‘Munafik’ bakal mendapat kutipan yang sama seperti filem seram arahan pertamanya?

Pelakon yang membintang filem ini pun bukan calang-calang orang.. Selain Syamsul yang memegang watak utama, Nabila Huda, Fizz Fairuz, Pekin Ibrahim, A Galak dan Sabrina Ali turut terlibat sebagai pelakon dalam filem ini..

So, pada siapa-siapa yang suka cerita seram Malaysia boleh la pakat-pakat turun di panggung berdekatan pada 25 Februari ini.. Korang boleh tengok trailer filem ini dulu, Nabila jadi hantu beb, seram kot! – Miss A/UtaraNews.com

ep2p-2