Dilanda Cuaca Sejuk Terlampau, Akibatkan 12 Orang Mati Di Thailand

Beberapa negara dilanda cuaca sejuk yang terlampau sehingga tahap membeku, salah satunya negara Thailand.. Cuaca sejuk terlampau ini juga menyebabkan angka kematian di negara tersebut meningkat, di Thailand kira-kira 12 orang mati dalam tempoh semalaman..

Seorang pegawai Jabatan Pencegahan Bencana Dan Mitigasi (DDPM) berkata, semua mangsa mati disebabkan sama ada terdedah kepada cuaca sejuk ataupun mangsa menghidap penyakit yang berkaitan pernafasan..

Sebelum ini dah dua orang mangsa meninggal dunia di Wilayah Chainat, ini kerana penurunan suhu yang mengakibatkan cuaca menjadi sejuk yang luar biasa.. Difahamkan, cuaca sejuk melanda Thailand dengan beberapa kawasan merekodkan suhu di bawah paras 5 darjah Celsius (°C, lebih 10°C darjah kurang berbanding purata suhu minimum pada awal tahun ini…

Selain itu, di selatan negara itu mengalami tekanan udara yang tinggi dan juga mengakibatkan banjir  serta ribut kuat.. Disebabkan itu, lebih daripada 3,000 isi rumah terjejas..

Cuaca sekarang ini memang berubah tak menentu.., Kejap panas terlampau, sekarang melanda cuaca sejuk terlampau pulak.. Itu sebab juga lah kita mudah untuk jatuh sakit.. Korang jaga lah kesihatan baik-baik dan banyakkan meminum air.. – MissHana/Utaranews.com

ep2p-2