Datuk Seri Vida Tak Berniat Menunjuk Kekayaan Yang Dimiliki Olehnya

Baru-baru ini, telah viral satu video di media sosial yang memaparkan kekayaan Datuk Seri Vida.. Siapa tak kenal dengan pengasas produk kecantikan Qu Puteh ini, Datuk Seri Vida memang dah semakin terkenal.

Dalam video tersebut, Datuk Seri Vida sempat menunjukkan beberapa koleksi beg tangan mewah, perhiasan, barang kemas dan mahkota yang sentiasa akan dipakai olehnya untuk pergi ke mana-mana majlis.. Disebabkan hal itu, ramai orang mendakwa Datuk Seri Vida suka menunjuk-nunjuk kekayaan yang dimilikinya..

Tetapi, bila Miss A tengok  video itu, Miss A berasa sangat kagum dengan kejayaan Datuk Seri Vida dalam perniagaan yang diceburinya sehingga boleh memiliki apa saja yang beliau impikan.. Buat apa nak busuk hati dengan orang kan??

Menurut Datuk Seri Vida, tak terdetik pun dihatinya niat untuk menunjuk-nunjuk.. Semua yang dilakukan itu adalah atas pemintaan program ‘Terlajak Puteh Nampak’ yang dihoskan Datuk Aznil Haji Nawawi..

“Saya bukan mahu menunjuk-nunjuk atau membangga diri, sebaliknya hanya berkongsi atas permintaan program itu. Saya pun sebenarnya terkejut apabila melihat semula koleksi barangan saya yang boleh tahan banyak.”

“Apabila produksi program itu meminta saya untuk berkongsi koleksi barangan saya, saya kumpul semula beg tangan, kasut, mahkota. Dan apabila dilihat semula, tanpa saya sedari memang banyak juga yang saya telah kumpulkan selama ini,” jelas Datuk Seri Vida..

Sudah-sudah la tu memikirkan hal-hal negatif pasal Datuk Seri Vida.. Cuba jadikan kemewahan yang dimilikinya itu sebagai salah satu motivasi diri untuk berjaya seperti Datuk Seri Vida.. Walaupun, asyik kena kutuk, Datuk Seri Vida kaya beb! Korang adeee????  – Miss A/UtaraNews.com

ep2p-2