Datuk M. Daud Kilau Difitnah Meninggal Dunia

Seperti sudah menjadi satu trend di media sosial, iaitu mewujudkan berita palsu tentang kematian artis-artis Malaysia.. Ini bukannya kali pertama perkara ini berlaku, sudah kerap kali terjadi.. Yang pasti individu tidak bertanggungjawab ini hanya mahu dapatkan pembaca yang ramai di laman sosial..

Raja Gelek Malaysia, Datuk M. Daud Kilau turut difitnah telah meninggal dunia.. Mentang-mentang M.Daud Kilau dimasukkan ke hospital sebab menghadapi masalah membuang air kecil.. Senang-senang saja,individu tak bertanggungjawab ini cuba memanipulasikan berita..

Menurut sebuah pemilik akaun Facebook yang menggunakan nama Siti Yuuhanis, Datuk M. Daud Kilau meninggal dunia kerana diserang penyakit yang sama selepas keluar dari wad.. Kalau orang baca, Miss A pasti ramai juga yang akan percaya dengan berita palsu sepert ini..

Penyanyi itu sedar tentang berita palsu kematiannya, namun dia tidak melenting, cuma beliau agak sedih bila dia difitnah telah meninggal dunia.. Anak M. Daud Kilau iaitu Ahmad Zaini meminta berita palsu itu dipadam dan digantikan dengan berita sebenar..

Miss A harap netizen tak terlalu mudah untuk mempercayai berita palsu tentang kematian artis Malaysia.. Banyak cara lagi boleh digunakan untuk tarik minat membaca, bukan dengar cara sebar berita palsu pasal artis mati.. Macam dok mendoakan je orang-orang tu mati, sihat lagi tau M.Daud Kilau tu.. – Miss A/UtaraNews.com

ep2p-2