Cakap Tak Serupa Bikin, Pas Kelantan 'Goyang' Dengan Amanah

Selepas memberi amaran kepada rakan sekutu PKR kerana menghadiri program Parti Amanah Negara (PAN), Pas dalam satu kenyataan mengatakan mereka memerlukan PKR bagi mengekalkan kerajaan Kelantan, untuk terus kekal sebagai kubu kuat parti Islam itu

Menjadi persoalan disini, adakah kenyataan ini menunjukkan bahawa Pas takut dengan PAN yang dikhabarkan mahu menggempur kerusi-kerusi milik Pas di Kelantan?? Takkan Pas begitu takut dengan PAN sehingga memerlukan PKR??

Bukankah sebelum ini Pas begitu lantang mengatakan parti Islam itu tidak pernah gentar dengan PAN yang mahu bertanding di kerusi Pas pada pilihan raya umum (PRU) akan datang??

Rasanya Pas tidak perlu gentar dengan PAN yang kononnya mahu merampas Kelantan, walapun PAN mendapat sokongan dari rakan sekutunya dalam gabungan parti pembangkang DAP dan PKR. ..Lagipun, sokongan PKR di negeri itu tidaklah semegah sokongan yang diterima parti Islam itu

Pas perlu percaya pengundi di Kelantan masih memerlukan Pas walaupun Pas tidak mendapat sokongan rakan sekutu PKR, ini kerana pengundi lebih berharap Pas dapat berjuang secara sendiri dan tidak sama sekali bekerjasama dengan parti anti Melayu itu.

Selain itu, Pas perlu sedar bahawa walaupun PAN mendapat sokongan PKR, pengundi di Kelantan tidak pernah terlintas untuk menyokong PAN kerana pengundi Kelantan masih memerlukan Pas untuk mentadbir kerajaan negeri berlandaskan syariat Islam.

Pengundi di Kelantan juga tahu, jika mereka mengundi PAN yang kononnya ditubuhkan bagi menggantikan Pas, ia bermakna mereka mengundi parti cina kiasu kerana PAN merupakan parti acuannya.

Apa yang diharapkan pengundi di Kelantan ialah Pas segera memutuskan hubungan dengan PKR, memandangkan PKR merupakan rakan sekutu parti cina kiasu yang membantah pentadbiran kerajaan berlandaskan syariat Islam.

Jangan disebabkan Pas terleka dengan tawaran PKR yang kononnya masih menganggap Pas sebagai rakan sekutu, Pas ditolak pengundi di Kelantan sekaligus kehilangan kerajaan negeri Kelantan!! – AndyBolat/Utaranews.com

ep2p-2