Badrul Perlu Bersabar & Fokus Pecah Rekod Lebih Baik..

Nampak gayanya, pelari muda sensasi negara Badrul Hisham Abd Manap perlu menerima hakikat belum rezekinya untuk memecahkan rekod Watson..biarpun mencatat masa 10;29 saat ia tidak diiktiraf kerana Brunei tidak mampu menunjukkan dokumen sah mengikut spesifikasi Persekutuan Olahraga Antarabangsa (IAAF)…
Antara sebab rekod tersebut tidak diiktiraf adalah tiada bukti ‘photofinish’ yang menjadi peraturan wajib sebelum sesuatu rekod larian diiktiraf..
baca berita di bawah..
REKOD 100 meter kembali milik Watson Nyambek.
Itu pengesahan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) selepas Brunei setakat ini gagal menyediakan dokumen sah mengenai aspek teknikal ketika Badrul Hisham Abd Manap mencipta 10.29 saat, November lalu.
Selepas beberapa siri perbincangan dan mesyuarat, akhirnya presiden KOM, Datuk Karim Ibrahim bersuara mengenai siapa pemilik rekod 100 meter kebangsaan.
Rekod Badrul tidak dapat diiktiraf kerana Brunei gagal menyediakan bukti sah.
Jadi buat masa ini, Watson masih lagi kekal sebagai pemegang rekod 100 meter kebangsaan dengan catatan 10.30 saat dilakukan pada 1998.
“Kami belum memperbetulkan rekod itu namun kami menerima catatan itu (Badrul). Selagi ia belum diperbetulkan (iktiraf), Watson adalah pemegang rekod kebangsaan,” kata Karim.
Isu rekod 100 meter kebangsaan wujud apabila alat pengukur angin tidak berada di kedudukan tepat.
Malah, Brunei juga gagal menyediakan bukti ‘photofinish’ seperti yang termaktub dalam peraturan persekutuan olahraga antarabangsa (IAAF).
Persatuan Olahraga Brunei Darulsalam juga sudah mengakui kesilapan mereka dan menyerahkan kepada pertimbangan KOM untuk menentukan siapa pemilik sebenar rekod 100 meter kebangsaan.
Jadi buat masa ini, rekod kembali milik Watson selagi Brunei gagal menyediakan dokumen sah.

ep2p-2