Azmin Ali Dipanggil Lembaga Disiplin PKR

Sumber dalaman PKR mendakwa Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dipanggil Lembaga Disiplin parti itu, bagi menjelaskan dakwaan ahli seumur hidup PKR, Badrul Hisham Shaharin terhadapnya dan pentadbiran Selangor.

“Pengerusi Lembaga Disiplin Brigadier Jeneral (B) Datuk Abdul Hadi Abdul Khattab sudah pun panggil Azmin baru-baru ini, untuk mendengar penjelasannya dalam beberapa perkara yang dibangkitkan Chegubard.

“Mesyuarat Biro Politik parti membenarkan Lembaga Disiplin memanggil Azmin setelah mendapati pembentangan Chegubard pada sesi pendengaran Lembaga Disiplin 11 Januari lalu ada asas,” dakwanya.

Beliau merujuk kritikan Badrul Hisham terhadap Kerajaan Selangor, antaranya berhubung projek ubah suai gerbang Kota Darul Ehsan bernilai RM9.8 juta, serta mendakwa memiliki dua dokumen Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) berstatus rahsia yang menunjukkan penganugerahan dua kawasan balak di Selangor tanpa proses tender terbuka.

Dalam pada itu, sumber mendakwa, Lembaga Disiplin PKR menerusi satu surat turut memberi amaran kepada Badrul Hisham supaya tidak mengeluarkan kenyataan terbuka berhubung kes itu.

“Mesyuarat Biro Politik Bil. 2/2016 bertarikh 12 Jan 2016 mengarahkan Lembaga Disiplin mengeluarkan surat amaran kepada saudara berhubung kenyataan saudara di media.

Sehubungan itu, Lembaga Disiplin menasihatkan saudara untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan terbuka di media sehingga siasatan selesai,” menurut surat itu.

Namun, Abdul Hadi ketika dihubungi, menyangkal dakwaan itu dan menyifatkannya sebagai ‘khabar angin’ semata-FT(jljymata.

“Masih belum putuskan apa-apa. Parti ada mesyuarat pada Isnin ini, pada hari itulah baharu kita akan membincangkan perkara ini,” katanya lagi. – FMT

ep2p-2