Ayam goreng kunyit

 lauk simple yang tinggal gambar jer nih… suka masak yang simple2 cam ni, cepat disediakan dan cepat jugaklah dapat mamamnya kan… ya lah masak pun cuma untuk berdua, tidaklah nak beria memasak…dan mostly masak untuk lunch cuma pada hari jumaat sebab en. asben akan balik semayang jumaat kat kawasan perumahan disini… yg dekat dengan tempat keja tu kutbahnya dibacakan dalam bahasa tamil pada berselang jumaat.. nasib baik nak balik tu tak jauh mana, tapi jalan kat penang ni memang sesak memanjang… kena rushing selalu. apa pun sempat jugaklah menikmati hidangan lunch simple kat rumah, instead of nasi bungkus hari2 kan…

resepi simple dari CMG, mekasih ya Mat…

BAHAN-BAHANNYA :-)
500 gram dada ayam atau mana bahagian ayam yang anda suka
1/2 camca teh garam*
2 inci kunyit hidup*
3 ulas bawang putih*
1 inci halia*(*ditumbuk halus)
4 tangkai kacang panjang
1 biji bawang besar, hiris bulat dan leraikan
1 ulas, bawang putih, hiris
1 biji cili hijau, potong kasar
1 biji cili merah, potong kasar
Sos ikan secukup rasa
1/2 camca teh gula (optional)
 
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Dada ayam dihiris memanjang, cuci dan toskan (che mat guna dada ayam tanpa tulang). Gaul dengan bahan2 bertanda (*), dan perap 30 minit, simpan dalam peti sejuk. Kacang panjang dikerat pendek, cuci dan toskan. Ketepikan/
  2. Panaskan minyak dalam kuali (anggaran 4 camca besar). Tumis bawang putih hingga harum, masukkan ayam yang diperap tadi. Kacau rata dan masak dengan api sederhana hingga isi ayam berubah warna.
  3. Masukkan bawang besar, cili hijau, cili merah dan kacang panjang. Kacau rata dan masak hingga semua lembut. Masukkan gula, jika suka dan perasakan dengan sos ikan secukupnya. Kacau rata dan masak sekejap. Boleh matikan api, hidangkan bersama nasi putih dan lauk2 lain.

ep2p-2