Apa yang Mahathir dengki sangat dengan Rayani Air?

Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad membuat kenyataan tidak menggalakkan atau lebih tepat melarang syarikat penerbangan Malaysia Airlines Bhd (MAB), daripada mengikut cara Rayani Air menjual khidmat penerbangan mereka.

Nama Rayani Air sedang memuncak naik, ekoran perkhidmatan penerbangan terbabit memperkenalkan konsep mematuhi syariah Islam dalam perkhidmatan mereka. Justeru mereka mendapat perhatian dan pujian dari ramai pihak, terutama sekali yang beragama Islam.

Namun begitu, berlainan bagi Mahathir kerana menganggap tindakan tersebut sebagai menutup pintu rezeki dan periuk nasi sendiri. Konsep mematuhi syariah tersebut dianggap sebagai hanya untuk orang Islam sahaja dan mengaut keuntungan dengan menjual agama Islam.

“Kita dapati pemiliknya bukan orang Islam. Jadi orang bukan Islam yang patuh pada ajaran agama Islam ada juga. Dia dapat keuntungan daripada agama Islam. Sekarang ini, macam-macam benda orang cari keuntungan daripada apa yang ditafsir sebagai kehendak Islam.

“Tidak payah (ambil tindakan yang sama seperti Rayani Air). Saya tengok, syarikat Arab Saudi pun tidak ada konsep patuh Syariah. Kenapa kita hendak tunjuk kita ini lebih Islam dari orang lain??” katanya.

Walaupun pemiliknya bukan orang Islam, tapi kita harus puji kerana orang bukan Islam pula yang cuba untuk terapkan nilai agama kepada pekerja dan penumpang mereka. Berlainan dengan Mas yang suatu ketika dahulu menghidangkan arak kepada pelanggan.

“Tidak ada. Tidak hidang alkohol lagi. MAS sudah lama berhenti menghidangkan alkohol kepada para penumpang. Benda itu sebenarnya tidak patut timbul. Negara Islam dan penduduknya 100 peratus Islam juga tidak suruh buat macam itu (hentikan menghidangkan alkohol sewaktu penerbangan).

“Kita hendak tunjuk kita ini lebih Islam dari mereka. Orang yang tidak pakai tudung pun Islam juga. Orang yang buat dosa juga Islam. Kita tidak boleh sewenang-wenangnya kata orang itu tidak Islam. Adakah melayan penumpang dengan tudung menunjukkan kita lebih Islam?” soalnya.

Pedas tujahan Mahathir, mungkin dia tidak sedar yang memakai pakaian seksi dan menjolok mata juga sebenarnya dijadikan modal Mas untuk mengaut keuntungan. Sekali gus menarik lebih ramai penumpang yang miang dan mata keranjang menggunakan perkhidmatan penerbangan mereka. Betul tak? Kesian dekat anak cabin Mas, sambil bekerja sambil jual badan, buat dosa kerana bagi orang ghairah.

Bagus apa Rayani Air perkenalkan anak kabinnya yang memakai tudung, tidak menghidangkan arak dan sediakan makanan dari sumber yang halal. Mungkin Mahathir berasa tergugat kot dengan rayani Air… Sebab tu dengki semacam je. – TiraGomez/UtaraNews.com

ep2p-5small