Agar2 cokelat oreo

 agar agar versi resepi derhaka… jangan marah ya Mat CMG, kak rose ni nak buat tapi dengan bahan apa jer yang ada kar opis comel kak rose tu… milo tak de, so kak rose gantikan dengan serbuk cokelat… dan jadila agar2 cokelat oreo instead of resepi asal dari CMG tu, agar2 milo oreo… kita yang buat diakan… so menderhakakan resepi tu mintak ampun la ya mat.

 kak rose kongsikan resepi asal dari CMG, mekasih ya Mat. mintak izin nak tepek kat sini pulak.

BAHAN – BAHANNYA :-)
10 gram agar2 serbuk, pilih yang tanpa warna
1 liter susu rendah lemak (dutch lady)
200 ml air
1/2 cawan gula pasir (che mat kurangkan 1 camca teh)
2 camca besar penu Milo (kak rose gantikan dengan 1 1/2 sudu besar serbuk cokelat)
10 keping biskut oreo, buang intinya (jadi 20 kepingan)
1/2 camca teh esen vanilla
1 helai daun pandan, disimpul
Secubit garam

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Masukkan serbuk agar2 ke dalam periuk bersama guna pasir dan daun pandan. Tuang susu rendah lemak dan juga air. Kacau rata dan masak hingga mendidih. Masukkan secubit garam dan masak hingga agar2 larut. Asingkan 500 ml agar2 dan bakinya anda masukkan serbuk milo. Kacau rata dan kecilkan api, biarkan agar2 suam.
  2. Agar2 yang diasingkan tadi, anda tuang dalam acuan. Kemudian patah2kan biskut oreo dan tabur rata ke dalam agar2. Buat hingga siap, tekan sedikit dengan sudu agar biskut oreo tenggelam. Biarkan agar mengeras sekejap (boleh simpan dalam peti sejuk).
  3. Keluarkan agar2 dari peti sejuk, pastikan permukaannya keras. Cakar2kan dengan garfu pada permukaannya, kemudian tuang agar2 cokelat (kacau dahulu dan jangan lupa buang daun pandan tadi), nak senang anda cedok agar2 cokelat guna senduk dan tuang perlahan2 hingga habis. Biarkan sekejap hingga hilang wap panas dan simpan dalam peti sejuk. Biar betul2 keras dan dingin baru dikeluarkan dari acuan. Boleh hidangkan sebagai pencuci mulut…Selamat mencuba!
 

sedap sangat dinikmati sejuk2… apa tah lagi diwaktu musim yang sangat panas ni….

ep2p-5small