Zahid Hamidi kini jadi sasaran Mahathir pula.

Selepas bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Muhammad secara terus-terusan mengkritik dalam usaha jahatnya mahu menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, kini perhatiannya tertumpu pula kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Mungkin Najib dah malas layan karenah Mahathir, kini Mahathir nak raih perhatian Zahid pulak, alahai lifeless betul la bapak Mukhriz ni kann.

Zahid Hamidi kini menjadi target baru Mahathir selepas pemimpin yang memimpin negara selama 22 tahun itu menyelar tindakan Zahid yang hanya mengambil masa tiga minit untuk memberikan jawapan atau penjelasan yang ditunggu-tunggu berhubung derma RM2.6 bilion di parlimen.

Mahathir katanya tak puas hati sebab Zahid hanya mengambil masa yang sedikit, katanya sepatutnya sejam dua penjelasan tu, huhu! Iyela perkara ni dah banyak kali jelaskan dah berbuih dah mulut, bosan la nak jelaskan banyak kali.

Mahathir turut menggunakan nama rakyat untuk menghentam Zahid, kononnya rakyat risau tentang derma 2.6 billion! Rakyat yang risau atau Mahathir nak jaga hati pembangkang?? Nak turut serta dalam kempen pembangkang yang gagal tue??

“Ini menunjukkan bahawa dia tidak menghiraukan rasa tidak puas hati rakyat.

“Ia adalah satu perkara yang sangat serius, jadi dia perlu menjelaskan dengan betul, bukan dalam tiga minit,” kata Dr Mahathir.

Malah Mahathir juga turut mengganggap penjelasan yang dibuat oleh Zahid di Parlimen disifatkan sebagai tidak berguna dan antiklimaks. Turut dipersoalkan, kenapa tugas menjelaskan isu skandal tersebut diserahkan kepada Timbalan Perdana Menteri dan bukannya Perdana Menteri itu sendiri.

Small matter je hal tue, habis yang sebelum ni isu usul tolak Bajet 2016 boleh pulak wakil Wan Azizah yang usulkan, bagai meludah ke langit je Mahathir ni.

Lagipun siasatan mengenai isu tersebut masih lagi belum selesai jadi tak elok kalau dihebahkan kang jadi isu pulak. Bukan tak tahu pembangkang memang tengah tunggu point je tu nak hentam. Sama macam Mahathir.-TiraGomez/UtaraNews.com

ep2p-2