Video : Tiada Peluang Pekerjaan – KuLi

KUALA LUMPUR – “Macam saya satu kerja pun tak ada sekarang,” kata Pemimpin veteran Umno, Tengku Razaliegh Hamzah mengulas mengenai dua kerja yang perlu dilakukan rakyat di negara ini bagi meringankan bebanan hidup mereka.

 

Katanya, ia bukanlah masalah utama untuk melakukan dua kerja seperti saranan tersebut, tetapi apa yang berlaku hari ini adalah rakyat yang sekarang ini berhadapan dengan permasalahan tiada peluang pekerjaan.

 

Sebelum ini, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan mencadangkan agar rakyat melakukan lebih dari satu pekerjaan untuk meringankan kos sara hidup.

 

“Kita kata ada satu kerja tak cukup pendapatan maka kena cari pekerjaan lain pula untuk tambah pendapatan,”kata Tengku Razaliegh pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Tabung Kemanusiaan Pelajar Melayu Mesir, di Kuala Lumpur hari ini.

 

Ahmad Maslan, Sabtu lalu dilaporkan membuat cadangan itu tetapi hari ini menjelaskan bahawa pandangannya berkaitan dua kerja dibuat dalam konteks perniagaan atas talian.

 

Susulan itu, menurutnya, pihak yang tidak berminat tidak perlu melepaskan kemarahan terhadapnya.