Udang goreng tepung kfc

 udang goreng salut tepung kfc, gandingan dengan ayam paprik ari tu… sempoi yet nice dan pas tu memang tak cukup tangan menggaru… kak rose makan pun setakat merasa asalkan jangan kempunan, sebab sangat allergic dengan seafood sekarang ni…. tapi ubat memang sentiasa ready, cuma tak sanggup nak menahan gatal tu la. so sendiri mau ingat la kan.. kak rose kongsikan resepinya… tapi kalau nak buat sikit macam kak rose ni kena pandai2 la mengadjust kan ya..

 Bahan-bahan

  • 1kg Udang (kalau nak ganti dengan cendawan/sotong pung boleh)
  • 1 biji putih telur
  • Minyak Masak
  • Tepung goreng serbaguna (kak rose guna tepung kfc)
 

Cara-cara

  1. Panaskan minyak ke dalam kuali dan pukul telur putih sehingga berbuih
  2. Celupkan udang kedalam putih telur selama 3-5 minit
  3. Udang yang telah dicelup putih telur, salut dengan tepung goreng serbaguna.
  4. Goreng udang yang telah disalut tepung sehingga keperangan
  5. Sedia dihidangkan

ep2p-5small