"Tok Mudim" wanita jadi perhatian di Hospital Tuanku Mizan KL.

Sekarang ni musim cuti sekolah, ramai la mak bapak ambik kesempatan sempena cuti sekolah ni untuk khatankan anak lelaki diorang ye tak..

Macam-macam majlis la di buat bagi yang berkhatan beramai-ramai ni, disimbah air dulu la dan di arak bagi hilang rasa takut sebelum berkhatan.

Tapi yang selalu dok dengar orang yang tolong sunatkan budak-budak lelaki tok mudim kan?? Sebut aje nama tok mudim ramai yang ketar lutut ye tak?? Hihhhiihi..

Selain tok mudim tolong sunatkan, sekarang pun dah ada mak mudim pulak. Meh kenal sikit mak mudim yang dikenali Pegawai Waran 1 Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Masliza Mohd Yusop, 43 ni.

Mak mudim ni dah melakukan proses berkhatan sejak tahun 2005 lagi sampai la ni. Dah lebih 1,000 budak-budak ‘masuk jawi’ ditangan mak mudim ni tau.

Menurut Masliza, disebabkan orang dah biasa dikhatan oleh tok mudim, dia selalu ditanyakan soalan cenggini ‘mak mudim nak sunatkan saya?’ termasuk la mak bapak budak-budak tu terutamanya kalau orang tengok dia berpakaian lengkap seragam tentera.

Sebenarnya mak mudim ni jururawat terlatih di Hospital Tuanku Mizan, Kuala Lumpur. Dia buat kerja ni dah 10 tahun dah pun, mesti dah berprofesional kan??

Baru-baru ni pun Masliza ni ambik bahagian dalam Majlis Khatan Perdana anjuran Biro Agama UMNO Bahagian Pekan. Majlis meriah berkhatan tu pun dah mencatat rekod baru Malaysia Book Of Records. Seramai 1,201 budak-budak masuk berkhatan.. MissHana/Utaranews.com.

ep2p-2