SIRI 1 – "Keuntungan McDonald's Untuk Beli Peluru Israel" Hanya Fitnah Dangkal Dan Cerita Rekaan!!!!

Ini realiti berlaku di negara kita, setiap kali Israel melancarkan serangan ke atas bumi Gaza yang jadi mangsa kepada kekejaman ini adalah Francais Makanan McDonald’s (McD)..
Bermacam-macam tohmahan dilabelkan ke atas McD..antara alasan yang kerap digunakan ialah “Keuntungan McD Malaysia digunakan untuk membeli peluru Israel” “Setiap ringgit berbelanja di McD Ibarat Sebutir Peluru untuk Israel”. Ini membuatkan saya hairan..maklumat ini pula disebarkan disegenap aplikasi Facebook dan WhatsApp..
Kempen boikot ini dilakukan untuk menunjukkan kita sokong rakyat Palestin..adakah ini caranya?jawapannya meleset dan tidak tepat sama sekali..
Tahukah anda bahawa McD Malaysia mempunyai sejumlah 12,000 kakitangan dimana lingkungan 95% terdiri daripada masyarakat Malaysia…tidak ada langsung kakitangan McD Malaysia warganegara Israel..bilamana Boikot McD makanya hasil jualan tidak banyak pasti terjejas dan kesan daripada tindakan ini akan dirasai oleh anak tempatan kita juga..
Kita semua anti Israel kerana melakukan kekejaman ke atas Palestin tapi dalam tidak sedar tindakan boikot McD telah menghukum anak tempatan sendiri yang bekerja di McD..apakah ini tidak dinamakan melakukan kekejaman terhadap manusia lain..kita marah Israel kejam tapi kita lakukan kekejaman kepada pekerja McD..tiada bezanya Israel dengan yang boikot McD…
Umum mengetahui McD menjual makanan dan hasil jualan, keuntungan atau royalti restoran-restorannya tidak langsung disedekah dan digunakan untuk menyokong sebarang konflik politik atau keagamaan yang berlaku di mana-mana negara. Dalam bahasa mudah McD tidak menyumbangkan dana kepada Israel dan mana-mana negara untuk tujuan peperangan…
Setakat ini terdapat lingkungan 270 buah restoran McD di seluruh negara dan ianya akan meningkat kepada 500 buah..peningkatan ini akan membuka sebanyak 11,500 pekerjaan baru..bukan senang nak bina kekuatan ekonomi apatah lagi memberi rezeki kepada puluhan ribu orang..yang tukang boikot senang-senang sahaja menjejaskan usaha ini…
Ada yang memberi alasan bahawa mereka memboikot kerana pemilik McDonald’s berbangsa Yahudi..ini sebenarnya MELESET dan TIDAK BENAR..sebenarnya McD tidak dimiliki mana-mana individu..ini kerana McD adalah sebuah syarikat yang sahamnya diperdagangkan kepada awam di Bursa Saham New York (NYSE) sejak 1965 lagi..pemegang saham McD bukan seorang tetapi lebih 1.8 juta pemegang saham dan yang paling penting tiada seorang pun pemegang saham memiliki lebih daripada 10% sahamnya…
Apakah waras tindakan Boikot McD?tepuk dada tanya diri sendiri…
*bersambung….

ep2p-5small