Shah Rukh Khan Tak Kisah Filem Dilwale Diboikot.

Baru-baru ini pelakon Bollywood Shah Rukh Khan telah diumumkan antara selebriti yang menerima bayaran tertinggi di India.. Mungkin telah diiktiraf antara selebriti ‘terkaya’ di India.. Pihak petani India mengharapkan pelakon itu dapat menghulurkan sebarang bantuan kewangan sewaktu mereka melalui musim kemarau yang teruk..

Tetapi, Shah Rukh Khan dikatakan langsung tidak menghulurkan bantuan pada para petani yang kesusahan.. Kerana itu juga filem terbarunya iaitu Dilwale dikatakan bakal diboikot oleh para petani di India..

“Para petani di Maharashtra sebulat suara mahu memboikot filem terbaru Shah Rukh Khan, Dilwale kerana sikap tiada toleransi terhadap kami. Beliau tidak memberi bantuan kewangan di saat kami memerlukannya.

“Jadi kami mengambil keputusan untuk melarang sama sekali filem tersebut ditayangkan di sini. Shah Rukh Khan memandang mudah terhadap masalah yang dihadapi penduduk di Maharashtra ,” ujar wakil persatuan petani yang diberi nama MSN..

Walaupun sedar dengan tindakan para petani mahu memboikot filem lakonannya itu.. Shah Rukh Khan tampil menjelaskan mengenai perkara tersebut dan percaya filem itu bakal mendapat sambutan yang hebat oleh para peminat lain..

“Kami telah menghasilkan sebuah filem yang positif, jadi saya rasa orang ramai pasti akan pergi menonton,” jawab Shah Rukh Khan bersahaja..

Kalau korang nak tahu, Shah Rukh Khan baru saja menghulurkan bantuan kewangan RM130,000 kepada mangsa banjir di India.. Miss A rasa mungkin itu salah satu sebab pelakon itu tak menghulurkan bantuan pada para petani itu.. Miss A/UtaraNews.com

ep2p-2