Roti boom yg ku rindu…

 kisah meinggu lepas masa g kl… bermalam di Shah Alam dan paginya tak melepas kan peluang untuk melepaskan rindu dengan roti boom yang tak de kat penang ni….  restoran Seri Soga ni la yang selalu kami singgah bila balik dari pasar kat sek. 16 tu… pekena roti boom dan juga soto… tak lengkap kalau tak dapat dua2 tu… bekpes pun boleh tamak2 kan… tu pasal la sihat bagai juara! dan bila sesekali ke kl, tak lepas peluang la.

 soto yang cuan lima ketul nasi impitnya…tapi complete dengan pegedil, ayam carik2, tauge, soon goreng dan sambal kicap yang pedas berasap… bila nak makan benda pertama ialah kena ketepikan dulu sambal kicap tu… takut berasap telinger nanti…

 sekeping jer roti boom untuk kak rose, tapi tukang bayo pekena 2 keping dan nescafe.

 dapur pertama dengan tukang tebar roti canai yang sangat laju buat kerja…. sambil menebar, sambil goreng roti tu… tak berenti. itu pun pelayan siap tunggu dengan piring kosong depan dapo… tak menang tangan tukang buat ni. dan yang kat sebelah dia tu, tukang bungkus kalau ada yang nak tapau bawak balik… lama nak kena tunggu kalau nak tapau tu.

 dapur kedua dengan dua orang tukang tebar… yang ni mostly buat roti canai yang berbagai as per customers request… tak nampak depa ni buat roti boom…

punya la banyak jenis roti canai… depa ni boleh ingat ke agaknya setiap menu tu ya? kalau kak rose maunya dah pening, bertukar2 isi roti canai tu…

dan yang kak rose beli bawak balik…. jenuh menunggu baru dapat. 10 keping roti boom, masuk dalam zipper bag dan off to the freezer, nnti nak makan just reheat dan breakfast pun ready… tak yah g restoran soga lagi….

ep2p-5small