Reman Suspek Bakar Kereta Dilanjutkan Sehingga Isnin

Polis melanjutkan tempoh tahanan reman seorang lelaki berusia sekitar 20-an yang dipercayai suspek utama kejadian kebakaran enam buah kereta berhampiran LRT Taman Jaya kepada empat hari lagi sehingga Isnin, 28 Disember lalu.

 

Individu yang telah direman mulai 22 Disember lalu sehingga hari ini disiasat dibawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan dan boleh membawa hukuman penjara 14 tahun jika sabit kesalahan.

 

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din mengesahkan pelanjutan reman di Mahkamah Petaling Jaya itu pagi tadi.

 

“Suspek dilanjutkan tempoh reman selama empat hari lagi sehingga Isnin melengkapkan siasatan,” katanya.

 

Menerusi siasatan awal polis mendapati seorang penunggang motosikal membaling bom petrol ke dalam salah sebuah kereta yang diletakkan di tempat letak kereta berhampiran LRT tersebut.

 

Suspek yang dipercayai berada dalam proses penceraian telah ditahan kira-kira 11 malam pada 21 Disember lalu di sekitar Petaling Jaya.



This entry was posted in Jenayah, Terkini. Bookmark the permalink.