Perhimpunan Agung UMNO hanya bertaraf Kuih PAU saja.

Angin tak ada.., ribut tak ada.., tiba-tiba saja muncul pula Mahfuz yang nampak sangat sakit hati pada Perhimpunan Agung UMNO 2015 di PWTC. Mahfuz tak puas hati dengan ucapan Najib yang disifatkannya sebagai ‘kosong’ dan tak ada isi.

Kenapa yang Mahfuz nak sibuk sangat dengan ucapan dari Najib? Kenapa pula Mahfuz minat sangat dengan Perhimpunan Agung UMNO? Mahfuz ni bukan ke dari parti PAS dan kini semakin cenderung nak ikut parti AMANAH?

Sekadar nasihat untuk Mahfuz, tak payahlah nak labekan Perhimpunan Agung UMNO tu sebagai medan kukus kuih PAU ke apa.., elok Mahfuz cermin diri tu sikit agar lebih nampak macam orang normal.

Mahfuz sekarang ni merupakan antara wakil PAS yang berperangai ‘lalang’.. Tak payah nak nafi sebab semua tahu pasal ni.. Mahfuz tak berani nak keluar dari PAS walaupun dalam hati dia memang suka sangat nak ikut parti AMANAH pimpinan Mat Sabu.

Kenapa Mahfuz tak berani nak keluar dari PAS? Nak kata Mahfuz takut jatuh talak pada bini dia., mungkin tak juga rasanya. Kalau hilang bini, Mahfuz senang-senang saja boleh cari yang baru. Mungkin Mahfuz takut hilang jawatan dan juga elaun wakil rakyat yang dia dapat selama ni. Walhal, Mahfuz langsung tak buat kerja untuk rakyat di Pokok Sena nun.

Dengan semua kelemahan yang ada pada diri Mahfuz, ada hati pula dia mahu mempertikaikan kepimpinan Perdana Menteri?

Dalam pada Mahfuz sibuk-sibuk dengan tuduhan skandal 1MDB serta Dana politik RM2.6b.., terfikir juga yang Mahfuz ni tahu ke apa yang dia cakap? Bukan apa.., takut-takut pula kalau Mahfuz sendiri tak faham dengan apa yang dia dok kutuk pada Najib tu..

Sekarang ni Mahfuz sibuk kata Najib tak tunaikan tanggungjawab dan janji untuk menjelaskan pasal 1MDB serta derma politik, tapi macam mana pulak janji Mahfuz dulu yang kononnya berjanji akan dedahkan bukti bahawa Najib bunuh Altantuya?

Kononnya Mahfuz ada bukti kukuh yang dia dapat dari Sirul Azhar di Australia. Masa tu bukan main Mahfuz canang satu negara bahawa dia akan bongkarkan segala skandal Najib melalui pengakuan dari Sirul.

Mana semua janji dan tanggungjawab tu wahai Mahfuz??? Nak jadi munafik ke Mahfuz oi bila janji tapi mungkir?

So tak payahlah Mahfuz nak sibuk pasal ‘kuih PAU’ yang Najib buat di PWTC.., tapi Mahfuz elok saja belajar buat ‘kuih PAU’ sendiri supaya tak merempat di Pokok Sena selepas PRU14 nanti.. Hahaha.. – Big B/Utaranews.com

ep2p-5small