Peninju Maut Selepas Turun Berat Badan Secara Dehidrasi

MANILA – Promoter terkemuka sukan seni bela diri campuran (MMA) Asia, One Championship, hari ini mengumumkan pengharaman penurunan berat badan melalui dehidrasi.

 

Keputusan itu dibuat seminggu selepas seorang atletnya maut, berikutan cubaannya untuk mengurangkan berat badan menjelang hari pertarungan. Atlet kelahiran China, Yang Jian Bing, 21, tumbang sehari sebelum hari pertarungannya pada 10 Disember lalu dan dibawa ke hospital sebelum meninggal dunia pada hari berikutnya.

 

Ketua Pegawai Eksekutif One Championship, Victor Cui, berkata pihaknya kini menerajui cara secara global untuk meningkatkan tahap keselamatan bagi atlet profesional MMA.

 

“Kami akan sentiasa memantau cara penurunan berat atlet secara berkala bagi menghalang mereka melakukan perkara tidak sepatutnya seperti dihidrasi,”katanya, lapor AFP.

 

Pihaknya akan ditimbang tiga jam sebelum pertarungan dan boleh dibatalkan penyertaan seandainya tidak cergas dalam kelas berat yang disertai.

 

Pihak berkuasa Filipina turut berkata, punca kematian atlet terbabit disebabkan oleh serangan jantung. One Championship mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai penggantungan itu dan program pengesanan berat badan terbaharu berkenaan, namun tidak menyebut nama Yang.



This entry was posted in Berita Am, Luar Negara, Terkini. Bookmark the permalink.