Nurul Izzah "kempunan" Terubuk Masin Sarawak

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar marah-marah lagi. Semenjak berstatus ‘mak janda lawa’ kebelakangan ini penulis melihat beliau begitu emosi sekali. Sekejap beliau menangis, sekejap masam mencuka, sekejap marah bagai ‘nak gila’. Entah apa kena dengan puteri sulung Dato’ Seri Anwar Ibrahim itu, kan?

Semalam, Nurul Izzah bising-bising. Khabarnya beliau dihalang dari masuk ke negeri Sarawak. Ceritanya, beliau telah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching. Tapi permohonan beliau untuk masuk ke Sarawak ditolak oleh pihak Imigresen di sana.

Katanya, ekoran dari tidak dibenarkan masuk ke negeri berkenaan, Nurul Izzah terpaksa pulang ke semenanjung tanahair. Tidak tahulah penulis tentang perasaannya dalam perjalanan pulang itu, mungkin terbuku geram di dada, marahnya bukan kepalang…

Semalam, habis di’tweet’nya tentang insiden beliau dilarang masuk ke Sarawak. Beliau lepaskan geram dan marah barangkali. Dari kenyataannya, penulis simpulkan beliau menegaskan Imigresen Sarawak tidak berhak halang kemasukkannya ke negeri itu dan dia kononnya berhak masuk ke negeri tersebut berdasarkan Seksyen 67 Akta Imigresen.

Penulis pernah beberapa kali ke Sarawak sebelum ini. Pernah berada di negeri itu hampir tiga bulan lamanya suatu ketika dahulu. Namun hingga kini, tiada pula penulis menerima masalah seperti Nurul Izzah. Tidak pernah penulis dihalang masuk ke Sarawak.

Sebagaimana maklum, hal ehwal Imigresen Sarawak adalah tertakluk kepada ketetapan ordinan yang sejak turun termurun dipersetujui sebagai salah satu ‘autonomi’ yang diberikan kepada negeri berkenaan sejak menyertai Malaysia pada tahun 1963 dulu.

Ia merupakan hak dan keistimewaan yang diberikan kepada Sabah dan Sarawak, serta tidak pernah dipetikai oleh mana-mana pihak walaupun Perdana Menteri Malaysia atau Yang DiPertuan Agong. Itu hak Sabah dan Sarawak. Malah pihak berkuasa itu boleh menghalang Perdana Menteri sekalipun untuk masuk ke negeri berkenaan.

Setelah berpuluh-puluh tahun mengamalkan peraturan dan undang-undang itu, penulis yakin pihak berkuasa dan Imigresen Sarawak sangat arif serta mahir dalam sebarang perkara yang timbul berhubung kemasukkan mana-mana individu ke dua negeri borneo itu.

Bagaikan ‘tuan rumah’, sudah tentulah mereka berhak mengizinkan siapa yang dibenarkan masuk, siapa yang hanya duduk dipintu saja dan siapa pula yang tidak dibenarkan menjejakkan kaki ke bumi kenyalang itu. ‘Rumah’ mereka, maka ikut suka merekalah…

Jadi, sebagai seorang yang dilihat ‘tidak dialu-alukan’, maka Nurul Izzah perlu sedar diri. Jika tidak tahu apa rasional disekat masuk, utaranya pertanyaan kepada pihak berkuasa di sana. Belajarlah hormat hak ‘tuan rumah’ yang menjaga keamanan ‘rumah tangga’ mereka.

Nurul Izzah orang semenanjung seperti penulis. Jadi penulis harap, jagalah budi bahasa, tatasusila dan sopan santun orang semenanjung. Jangan malukan kami semua di sini di Sabah dan Sarawak. Anwar dan Wan Azizah tidak ajar Nurul Izzah, kah?

Seksyen 67 Akta Imigresen? Penulis yakin pihak Imigresen Sarawak lebih arif dan mahir dari sudut perundangan untuk masuk ke negeri itu. Sebelum ini, ramai juga peguam di kalangan rakan Nurul Izzah yang disekat masuk. Mereka lebih faham tentang undang-undang berbanding Nurul Izzah. Tapi mengapa mereka tidak saman Kerajaan Negeri dan Imigresen Sarawak?

Tapi, kalau Nurul Izzah mahu ‘cuba nasib’, penulis rasa anak Anwar itu boleh failkan saman. Namun menang belum tentu lagilah. Sekiranya kalah, maka Nurul Izzah jangan haraplah boleh ke Sarawak lagi selepas itu, bukan?

Pada pandangan penulis, mencabar hak dan undang-undang di Sabah dan Sarawak merupakan satu tindakan yang agak biadap, seolah-olah kita kurang ajar pada tuan rumah. Harap Nurul Izzah belajarlah dari kesilapan itu selepas ini. Jangan pula nanti orang Sarawak kata Anwar dan Wan Azizah tidak pandai didik anak, kan? – Amir Hamzah/Utaranews.com

ep2p-5small