Nizar Jamaluddin kena 'Kencing' dengan Ahli PAS di Perak

Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Perak mengaku telah ‘dikencing’ dan diperbodohkan oleh seorang pemuda Pas bernama Mohd Zakaria atau Zack.

Sementara bagi pihak Zack pula, dirinya dikatakan telah dipergunakan oleh Amanah Perak. Zack pada awalnya hanya bergambar dengan tujuan hanya sebagai gimik sambil memegang borang keahliah Amanah yang masih kosong dan belum diisi, namun begitu berita mengenai Zack yang dikatakan telah ‘murtad’ masuk Amanah tersebar. Hal itu memaksa dirinya untuk membuat penafian di laman sosial selepas merasa bahawa dirinya dipergunakan.

Persoalannya, mainan politik murahan apakah yang memaksa Amanah bertindak cetuskan kontroversi murahan sedemikian? Mungkin terdesak atau mahu cari publisiti bagi menaikkan nama Amanah? Atau saja mahu cari pasal dengan Pas.

Pengarah Komunikasi Pemuda Amanah Perak, Mohd Rashidi Nasharuddin pula mendakwa bahawa tuduhan Zack ditipu adalah satu fitnah. Zack dikatakan telah datang ke Pejabat Amanah kawasan Bukit Gantang dan ditawarkan masuk Amanah Bersetuju untuk sertai Amanah, mereka kemudian adakan gimik menyerahkan borang keahlian yang belum diisi. Tapi selepas itu lain pula jadinya..

 “Dia bersetuju untuk menyerahkan borang keahlian yang masih belum diisi kepada ADUN Changkat Jering, Dato’ Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai gimik penyertaannya

“Tidak lama kemudian, kami menerima satu “screenshort” tentang penafian dia menyertai Amanah. Dalam posting itu, dia menyangkal dengan nama Allah bahawa dia menyertai Amanah. Dia mengatakan ia hanyalah borang kosong.

“Kami tidak menafikan bahawa memang benar borang di dalam gambar itu masih kosong kerana ia hanyalah gimik penyerahan semata-mata kerana kami dengan penuh sangka baik percaya soal pengisian maklumat borang akan diselesaikan selepas selesai program.

“Dengan penuh berlapang dada, kami sangat menghormati jika dia ingin ‘u-turn’ kembali kepada Pas kerana menganggapnya perbuatan itu salah atau terburu-buru namun tindakan dia menafikan hingga pihak kami dituduh menipu, ia adalah satu tindakan yang tidak wajar,” jelas Mohd Rashidi.

Mungkin Amanah terlebih excited untuk terima ahli baru sehingga Zack terpaksa redha dan akur dengan kehendak Nizar Jamaluddin yang mahu adakan gimik serahan borang kononnya nak tunjuk yang ada ahli Pas mahu sertai Amanah.

Padahal perkara tersebut tidak pernah berlaku, itula lain kali jangan terlebih confident sangat. Atau mungkin juga Zack sebenarnya hanya mahu mempermainkan Amanah haha! Jadi mana satu betul mana satu salah?

Bagi pendapat Gomez, rasanya Amanah terlalu gelojoh sebarkan berita mengenai penyertai pemuda tersebut sedangkan borang keahlian masih belum diisi dan belum disahkan sepenuhnya.

So tak patutlah gambar tersebut disebarkan Amanah jika penyertaan tersebut masih belum sah, kerana ianya boleh menimbulkan keraguan dan masalah. Jadi siapa yang kencing siapa?? Haha-TiraGomez/UtaraNews.com

ep2p-5small