Neelofa nafi jadi isteri ketiga Bekas Menteri.

Selebriti cantik manis yang sering dilanda pelbagai kontroversi, Neelofa sebentar tadi menafikan khabar angin yang mengatakan bahawa beliau telah berkahwin dengan seorang bekas Menteri.

Neelofa didalam status Instagramnya mengatakan, beliau masih lagi ‘single’ dan tidak terburu-buru untuk berkahwin sehingga terpaksa menjadi isteri ketiga.

Didalam status tersebut juga mengatakan bahawa Neelofa sudah pastinya akan berkongsi dengan peminat sekiranya beliau sudah berkahwin.

“Tiada sebab untuk saya menyembunyikan perkara sebesar ini jika ia benar-benar berlaku didalam hidup saya.. Sudah tentu saya akan berkongsi saat-saat kegembiraan ini dengan semua yang menyayangi serta menyokong saya selama ini..” jelas Neelofa.

Sebelum ini, telah tersebar satu khabar angin didalam laman media sosial yang mendakwa Neelofa telah berkahwin secara senyap-senyap dengan seorang VVIP.

Ramai peminat yang terkejut dengan gossip berkenaan dan menanti penjelasan dari Neelofa berhubung dengan berita yang mengejutkan tersebut.

Apapun, kini penjelasan telah diberikan sendiri oleh Tuan punya badan. Diharap tiada lagi gossip-gossip liar seperti itu yang melanda diri Neelofa. – Utaranews.com

ep2p-2