Nabil Ahmad jadi punca Dato Jamal Abdillah digelar 'Poyo'

Selepas tamatnya Gegat Vaganza 2, telah banyak kontroversi yang timbul.. Antaranya adalah isu Jamal Abdillah dikatakan poyo, walaupun Nabil Ahmad sudah minta maaf kerana jadikan dirinya bahan lawak.. Jamal masih lagi memarahi Nabil, ada juga yang mendakwa Jamal seorang selebriti yang tak boleh diajak bergurau..

Terkini, Jamal tampil memberi penjelasan tentang komen-komen negatif netizen pada dirinya.. Sebenarnya Jamal turut sama berlawak dengan Nabil cuma gurauan Jamal dilakukan dengan wajah yang serius sehingga ramai yang dah salah faham..

“Jangan terus hentam, Nabil hanya membuat kerja dia iaitu menghiburkan orang. Kita kena faham tugas dia bukan sesuatu yang mudah untuk buat orang ketawa dan terhibur.

Dia hanya bergurau dan saya juga membalas kata-kata dia juga dengan gurauan.

Bagaimanapun, oleh sebab ‘Jamal Abdillah’ ini bergurau dengan wajah yang serius, orang anggap saya marahkan Nabil. Sebenarnya, saya langsung tak marah, malah membalas kata-kata Nabil juga dengan niat untuk bergurau semata-mata.

Nampaknya, orang kurang faham dengan apa yang saya ‘guraukan’ itu dan membuat tanggapan bahawa saya marahkan Nabil. Saya berharap dengan penjelasan ini, tidak membuatkan orang marahkan Nabil lagi,” kata Jamal..

Miss A harap dengan penjelasan Jamal ini semua orang tidak lagi memberikan komen negatif tentang dirinya.. Mungkin gurauan Jamal dikategorikan sebagai gurau kasar, buat lawak tapi dengan wajah serius.. Janganlah kita terlalu cepat menjatuhkan hukum pada seseorang..  Miss A/UtaraNews.com

ep2p-5small