Muhyiddin rasa diri ibarat tunggul kayu.. Kesiannya.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Muhyiddin Yassin dengan rasa kecewa dan pilunya mengibaratkan dirinya sendiri sebagai tunggul, mungkin Muhyiddin terasa tersisih kot huhuuu..

Muhyiddin mendakwa dia merasakan dirinya sebagai tunggul kerana Majlis Tertinggi (MT) UMNO tidak melayannya dengan baik, buat endah tak endah je.

Iyeke macam tue?? Ntah-ntah feeling Muhyiddin ni je kot yang over. Biasa la orang buat salah memang akan rasa macam ni opsssss huhu! Orang tua-tua mudah terasa biasa laaa…

Dakwanya lagi, dia akan tetap menghadiri Perhimpunan Agung UMNO ( PAU) namun berbeza dengan sebelumnya kerana kehadirannya kini dalam keadaan kedukaan yang teramat sangat. Alolooo siannyaaa!

“InsyaAllah, saya Timbalan Presiden lagi. Saya nak berucap, tetapi tidak boleh berucap. Malah tidak boleh terlibat dalam penggulungan. Hanya duduk di atas pentas sebagai tunggul.

“Orang lain boleh bercakap, saya tidak boleh bercakap. Timbalan Presiden tidak boleh bercakap,” ujarnya

Mungkin ada sebab mengapa Muhyiddin tidak dibenarkan untuk berucap… Ini kerana ucapannya hanya akan memburukkan lagi keadaan sama seperti yang dilakukan Mahathir. Umno tidak pernah menidakkan ruang demokrasi dalam parti, namun jika ahlinya bercakap mengenai perkara kosong dan tak berguna, buat apa kan.

Walaupun Muhyiddin merasakan bahawa dirinya tunggul tetapi ahli Umno yang lain tidak, Muhyiddin dilihat sudah tidak berani untuk mempersoalkannya lagi kerana takut dirinya bakal dipecat dari jawatan Timbalan Presiden. Namun jika dirinya dipecat, dia redha dengan keputusan tersebut.

“Walaupun saya tidak mahu dipecat, tetapi jika mereka nak hukum saya, saya sedia terima,” katanya.-TiraGomez/UtaraNews.com

ep2p-2