Muhyiddin kini jadi Tukang Ramal..

Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin kini berubah bidang menjadi pentafsir, penganalisis, pemerhati yang berjaya. Mungkin itu ‘pekerjaan’ baru bekas Timbalas Perdana Menteri tersebut selepas dipecat.

Hasil dari analisis yang dibuat Muhyiddin, beliau mendakwa bahawa sokong orang Melayu terhadap parti Umno kini telah menurun sehingga paras 30 peratus sahaja berbanding dengan sokongan lebih dari 50 peratus yang diperolehi oleh parti tersebut.

Hal ini dikatakan menggusarkan hati Timbalan Presiden tersebut, dakwanya lagi 78 peratus penyokong masyarakat Melayu tidak berpuas hati dengan dengan keadaan ekonomi semasa negara yang dikatakan berada di peringkat membimbangkan.

Umno dikatakan sentiasa utamakan usaha bagi mendapatkan sokongan orang Melayu, sentiasa berada di barisan hadapan bagi memberi kepercayaan penuh kepada mereka, namun dakwa Muhyiddin semuanya semakin hambar. Beliau juga tidak berpuas hati dengan peratus rakyat yang tidak berpuas hati dengan ekonomi kini.

Tambah Muhyiddin lagi, peratus sokongan yang ditunjukkan oleh masyarakat Cina juga jatuh merundum, dengan hanya mendapat kutipan sebanyak 5 peratus, adalah lebih sedikit berbanding kutipan 13 peratus pada pilihan raya umum yang lepas.

Amaran turut diberikan oleh Muhyiddin supaya segera bertindak memperbetulkan kepimpinan yang ada sekarang dan selesaikan isu 1MDB. Jika tidak bertindak mulai sekarang, Muhyiddin memberi jaminan bahawa Umno dan BN bakal bungkus dan merempat pada pilihan raya akan datang.

Nasihat tersebut katanya diberikan atas dasar prihatin dan cuba untuk memperbetulkan keadaan dalam parti. Iyeke?? Sebelum ini bukan main lagi cuba nak kucar kacirkan parti, siap perburukkan presiden lagi, sekarang ni mungkin nak tebus balik kesalahan kot.-TiraGomez/UtaraNews.com

ep2p-5small