Mufti Perlis buat 'GILA' sokong kumpulan G25.

Tatkala semua umat Islam mengutuk tindakan kumpulan G25 yang mahu mansuhkan tangkapan khalwat dirumah, tiba-tiba saja Mufti Perlis didalam laman facebooknya bertindak ‘gila’ dengan menyokong khalwat tu sebagai hak peribadi dan tak boleh diintip.

Dr Asri ni dah masuk geng G25 ke atau dia sebenarnya sengaja nak cari publisiti murahan lagi? Seluruh rakyat Malaysia dah sedia maklum dengan tabiat Mufti Perlis ni yang sangat suka untuk cari populariti dengan menongkah arus.

Asri kononnya berpegang kepada cakap Yusuf Al Qardawi yang tak benarkan orang ramai mengintip dan menganggu perbuatan berkhalwat didalam rumah. Tapi Asri lupa, banyak lagi cakap-cakap Yusuf Qardawi tu yang tidak boleh dipakai oleh umat Islam khususnya di Malaysia.

Sebagai contoh, Yusuf Qardawi pernah kata demonstrasi jalanan adalah halal untuk membebaskan rakyat disesebuah negara. Itu kata Qardawi.., tetapi sebaliknya ada pula hadis yang menyuruh kita mentaati pemerintah dan melarang kita menderhaka selagi pemerintah tersebut mengamalkan ajaran Islam dan tidak menyuruh rakyatnya berbuat kemungkaran.

Dan Yusuf Qardawi juga pernah mengatakan bahawa gelatin haiwan termasuklah babi adalah halal dan tak salah dimakan oleh umat Islam. Walhal didalam hukum Islam melalui keempat-empat mahzab telah menggariskan bahawa apa saja yang berkaitan dengan babi itu haram dimakan.

Dan dalam hal gelatin babi ini, Asri juga pernah bersetuju dengan Qardawi sehingga menimbulkan perbalahan dikalangan ulamak didalam negara. Disini nampak bahawa Asri terlampau mengagumi Yusuf Qardawi sehingga apa saja yang dicakapkannya dipakai mentah-mentah.

Jadi didalam soal tuntutan kebebasan untuk berkhalwat kononnya menghormati hak privasi ini, Asri sepatutnya berpegang kepada apa yang diajarkan oleh Islam melalui kitab.., bukannya tafsiran dari Yusuf Qardawi atau sesiapapun.

Kalau difikirkan secara waras sekurang-kurangnya, apakah umat Islam di Malaysia mahu menerima bala Tuhan apabila mengutamakan hak privasi untuk kebebasan melakukan maksiat melebihi garis hukum yang ditetapkan oleh Tuhan?

Oleh itu, diharap Asri wajar berbincang terlebih dahulu dengan alim ulamak serta para mufti di negeri-negeri lain terlebih dahulu sebelum tergedik-gedik membuat kenyataan didalam media. Memanglah Asri akan popular dan menjadi buah mulut ramai orang, tapi apa gunanya jika populariti itu akan memalukan Asri sendiri sebagai seorang Mufti. – Big B/Utaranews.com

ep2p-2