MSM Bakal Ada Kilang Penapisan Gula Di Johor Tahun 2017!!!

MSM bakal meluaskan penguasaan gulanya ke selatan tanah air apabila kilang penapisan gula bakal dibina di negeri Johor pada Februari tahun depan..Pembinaan kilang ini dijangka siap pada suku keempat tahun 2017. Jika perancangan ini berjaya direalisasikan ini bermakna, negeri Johor telah memecahkan monopoli penapisan gula yang sebelum ini ditapis di Pulau Pinang dan Perlis…
Kilang penapisan ini dimiliki oleh Felda Global Ventures (FGV) melalui MSM Holdings Bhd (MSM). MSM menguasai pasaran tempatan dan dengan pembinaan di selatan tanah air ini syarikat itu mensasarkan menjadi pengeluar gula utama di rantau Asia Tenggara..
Pembinaan kilang penapisan ini akan dibina di Tanjung Langsat di atas keluasan tanah seluas 20 hektar. Jangkaan awal daripada pembinaan ini akan meningkatkan pengeluaran gula bertapis sebanyak 1 juta tan setahun yang mana mampu menambah pengeluaran gula milik MSM kepada 2.2 Juta setahun..
Sebelum ini MSM memiliki kilang di MSM Prai, di Pulau Pianang dan MSM Perlis yang kedua -dua kilang ini mampu menghasilkan pengeluaran gula tapis sebanyak 1.2 juta tan setahun..dengan penambahan kilang baru di selatan tanah air ini ia telah mengukuhkan kedudukan MSM untuk meneraju pasaran masa hadapan dalam dan luar negara.
MSM menjangkakan 60% hasil keluaran kilang baru di Johor akan dieksport ke luar dan selebihnya untuk menampung permintaan tempatan. Apa yang pentingnya dengan pembinaan ini, ia telah membuka peluang pekerjaan kira-kira 200 orang kepada anak tempatan…

ep2p-5small