Mahathir tuduh Najib mahu miliki kuasa YDP Agong.

Entah apa lagi yang tidak kena dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad nie. Ada sahaja yang hendak dipertikaikannya. Bagi dirinya apa yang kerajaan buat sekarang semua tak betul, dok rasa masa pemerintahannya je yang betul. Betul sangat ler pemerintahannya tue!

Sejak rang undang-undang Majlis Keselamatan Negara (MKN) diluluskan oleh Dewan Rakyat, Mahathir terus ambil kesempatan untuk melancarkan perang saraf terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Secara tiba-tiba Mahathir menuduh tujuan sebenar rang undang-undang MKN diwujudkan adalah bagi memindahkan kuasa mutlak yang dimiliki oleh Agong dan Raja-Raja Melayu terus kepada Najib, eshhhhh tak logik langsung tuduhan tue, dah takde point lain ke nak tuduh?? Kuasa Agong dan Raja-Raja Melayu ingat senang-senang je ke nak main pindah-pindah.

“Kuasa Agong sekarang telah dipindahkan kepada beliau (Najib).

“Dengan kuasa itu, dia boleh mengisytiharkan darurat dengan mendakwa terdapat ancaman keselamatan. Siapa saja yang didakwa cuba sabotaj negara boleh ditangkap,” tuduhan keras Mahathir.

Kalau betul la rang undang-undang tersebut tidak adil dan hanya akan menguntungkan sebelah pihak sahaja, jadi mengapa undang-undang tersebut diluluskan di Dewan Rakyat?? Lebih membingungkan, kalau betul la dakwaan Mahathir tue, so kenapa ahli parlimen yang lain menyokong undang-undang tersebut diwujudkan dan mendapat sokongan penuh dari mereka??

Tak kan ler menteri-menteri bodoh sangat nak biarkan pemimpin buat kerja tak betul, eshhhh! Kalau zaman Mahathir tue kot laa… Dengan undang-undang ISA bagai, yang tue tanak pertikai ke?

Kalau dah majoriti undi menyokong, so kat mana salahnya, dorang sendiri yang setuju, kalau tak setuju kenapa nak sokong, betul tak?? Mungkin Mahathir sebenarnya cemburu sebab zaman pemerintahan Najib lebih gemilang, cemerlang dan terbilang dari zamannya.-TiraGomez/UtaraNews.com

ep2p-2