Mahathir memang dah nyanyuk.. Lupa kenyataan sendiri ketika jadi Presiden Umno.

Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memberi peringatan kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad supaya mengingat kembali pesanannya ketika memangku jawatan Presiden parti.

Jelas Hishammuddin, ketika Mahathir memangku jawatan Presiden Umno, Mahathir telah menyampaikan pesanan penting kepada ahli-ahli parti supaya mempertahankan presiden parti.

Hishammuddin berkata, beliau masih ingat lagi ucapan Mahathir pada 1 Julai 1976 dalam Perhimpunan Tahunan Pemuda dan Wanita Umno supaya mempertahankan presiden parti dalam apa jua tekanan dan jangan sesekali melemahkan presiden.

“Umno tidak wujud untuk pemimpinnya, mereka hanya wujud untuk sementara. Mereka akan pergi dan akan digantikan dengan pemimpin yang baharu. Tetapi pemimpin dan kepimpinan adalah penting bagi sesebuah pertubuhan.

“Sementara pemimpin tidak perlu dipertahankan kerana semata-mata ia pemimpin, ia juga tidak harus dilemahkan dengan sengaja. Tidak ada kebaikan dan kepimpinan yang lemah seperti mana tidak ada manfaat daripada pertubuhan yang lemah,” kata Hishamuddin yang mengingatkan kembali pesanan Mahathir kepada semua ahli Umno.

Mahathir sememangnya sudah lupa dengan pesanan-pesanan yang pernah ditinggalkannya diatas faktor umur… Beliau boleh dikategorikan sebagai nyanyuk di atas faktor umurnya yang menjangkaui 90-an dan kerana itulah terlalu banyak benda yang beliau sering lupa sehingga sesedap mulut beliau untuk mengkritik presiden parti.

Selain itu, Mahathir juga sering lupa tugas beliau sebagai seorang pengerusi Proton Holding Berhad untuk menaikkan jualan kereta buatan tempatan itu. Bila jualan Proton tidak meningkat, beliau dengan senang-lenang cuba menyalahkan kerajaan. Walhal ia merupakan beliau sebagai pengerusi Proton.

Jadi, usahlah  melayan karenah Mahathir yang semakin nyanyuk…. bak kata orang, semakin dilayan orang nyanyuk ini, semakin penat kita untuk menghentikannya kerana orang nyanyuk tidak akan berhenti bersuara.- Utaranews.com

ep2p-5small