Mahathir lupa dia "sumbat" Anwar ke penjara.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menzahirkan diri beliau sebagai seorang Presiden parti yang baik hati dan bertoleransi apabila membenarkan pemimpin parti untuk berlawan dengannya ketika beliau masih menyandang jawatan sebagai Presiden Umno.

Menurut Mahathir, beliau tidak pernah menyekat mana-mana pemimpin Umno seperti Tengku Razaleigh Hamzah dan Tun Abdullah Ahmad Badawi untuk menentang beliau selaku presiden parti.

Malah, beliau tidak pernah menyekat dan menghalang pemimpin terbabit untuk menyampaikan kritikan terhadap dirinya walaupun dalam Perhimpunan Agung Umno (PAU).

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai sekatan yang dibuat terhadap Timbalan Presiden parti Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam merasmikan mesyuarat parti kerana mempunyai agenda tersembunyi bersama Mahathir untuk disampaikan kepada akar umbi

“Hari ini kita ada presiden parti Datuk Seri Najib Razak, bukan pada pemilihan parti tetapi menghalang orang daripada menyampaikan ucapanna. Ini bukan Umno saya kenali,” kata Mahathir.

Persoalannya, benarkah Mahathir begitu baik hati dan toleransi selaku presiden parti dengan membenarkan pemimpin parti untuk menentang dan mengkritik beliau??

Mungkin beliau terlupa dengan tindakannya menyekat seorang bekas pemimpin Umno yang merupakan timbalannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan menghumbannya ke dalam penjara.


Seperti yang diketahui umum, kedudukan Mahathir  goyah apabila beliau memecat Anwar sebagai timbalannya dan gerakan yang dilakukan Anwar bakal menyingkirkan Mahathir sebagai perdana menteri.

Namun, disebabkan Mahathir berasa kedudukannya tidak akan kekal lama disebabkan pengaruh Anwar dan gerakan yang dilakukan, Mahathir sanggup mengambil jalan pintas untuk membunuh karier politik Anwar dengan menyumbat Anwar ke dalam penjara.

Jadi, dengan peristiwa ini adakah Mahathir boleh dianggap sebagai presiden parti yang suci???-Utaranews.com

ep2p-5small