Lagi Cina bawa Anjing di Restoran Nasi Kandar.

Seorang pelanggan di Restoran Ameer Ehsan, sebelah Maybank di Maluri menceritakan pengalaman yang tak dapat dilupakan dan geram dengan restoran itu baru-baru ini!

Pelanggan ini mengadu dan tak puas hati gara-gara seorang pelanggan cina bawa anjing peliharaan dia pergi makan di restoran itu..

Tapi yang menjadi isu panas itu.. Boleh pula pelayan restoran itu pergi pegang anjing itu, lepas itu dengan selamba bawa makanan kepada orang muslim pula! Ini memang panas!

Isu bawa anjing ini masih berpanjangan sampai sekarang, masih ada yang tak tau nak menghormati orang muslim, sesuka hati saja bawa anjing ke tempat macam itu dah tau di situ ramai pelanggan muslim!

Cerita ini dicerita pelanggan restoran itu yang dikenali Hafezal.. Pada malam kejadian itu dia makan disitu, dah nampak pelayan itu pegang anjing. Hafezal ini pun terbantut nak makan dan menganggap pelayan itu tak hormat langsung pelanggan muslim yang ada disitu.

Dek kerana perbuatan pelayan itu tak dapat diterima, Hafezal memanggil pelayan yang pegang anjing itu dan tanya dia beragama apa kan? Pelayan itu jawab dia beragama Hindu.

Hafezal ini pun marahlah pelayan itu pasal dia pegang anjing itu.. Pelayan itu pun menjawab kata diorang akan cuci saja. Hah.. cuci saja, bukannya nak samak! Lepas marah-marah itu, Hafezal bayar lepas itu blah dari kedai itu.

Disebabkan kejadian ini, Hafezal minta orang ramai sebarkan dan boikot restoran ini. Yang geram dan mendidih hati itu signboard siap ada tulisan ‘Bismillah’ bagai tapi tak tau menghormati pelanggan muslim. MissHana/Utaranews.com.

ep2p-2