kuih getas getas untuk minum petang… mudah jer buatnya dan yang penting tak meletup sky high gitu! terima kasih pada sifu masak2 yang kongsikan resepi dan petua untuk tidak meletup semasa goreng kuih ni…. sentiasa balik2kan semasa menggoreng, Insya Allah tak kan meletup dan gorengan pun masak rata… kak rose cnp dari blog Gee resepi kuih getas ni… siap ade petua nak buat sira gula tu… mekasih Gee.
Bahan-bahannya:-
250gm tepung pulut
20gm tepung gandum
150gm kelapa parut putih/kelapa parut muda
130-150ml air (jangan terus tuang semua, tuang sikit-sikit dulu)
sedikit garam
Minyak untuk mengoreng
Menyira gula :
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan air
Cara-caranya:-
Masukkan gula dan air kedalam kuali yang agak besar. Masak dengan api sederhana……api sederhana ye bukan api kecil atau api yang kuat.
Jika anda perhatikan buih-buih tu mula-mula ia akan memenuhi bahagian tepi dan kemudian ia akan merebak kebahagian tengah.
Biarkan ia selama 7 minit.
Terus matikan api dapur ye.
Kemudian baru masukkan kuih-kuih yang anda hendak sira ke dalam kuali dan kacau sampai bunga-bunga gula keluar.