Kuey teow kungfu pebret

 suka sangat dengan kuey teow kungfu ni…. tak perlu nak bersilat kungfu pun sekejap jer dah boleh dinikmati hangat2… sejak mencuba resepi dari Sham, berulang2 dah membuat dan memakannya… simple n nice to me la kan…

 sayur dan udang 2 ekoq jah untuk satu portion… mudah buat cam ni.

dah digoreng… satu portion kuey teow+sebiji telo+sedikit lada sulah+garam, gaulkan rata2 n goreng. kalau dapat api besor menjulang macam kat kedai tu lagi best kan…

Untuk kuah pulak..

– tumiskan bawang putih and cili api (kalau nak pedas). Tapi Ibu boh jugak bawang merah sikit.. ini kes ada sekerat bawang merah baki dari masak-masak sebelum tu. So dari membazir kan kan..

– dah tu masukkan segala harta karun yang kita suka.. udang ke.. ayam ke.. sotong ke.. goreng sekejap.

– later.. masukkan air. Tunggu sampai mendidih. Pecahkan sebijik telur and kacau. Anyway kut tak suka telur.. boleh la skip this step.

– untuk memekatkan kuah.. ambik sesudu teh tepung jagung.. you know what to do la kan.

– lastly.. adjust la garam and whatsnot.

ep2p-2