Kubur Pak Yus terus dikunjungi rakan dan sahabat.

Mendapat berita kematian pelawak yang cukup menghiburkan penonton dengan lawak spontannya iaitu Yus Jambu cukup mengejutkan.. Tak ada angin , tak ada ribut, peminat-peminat pelawak itu mendapat maklumat pelawak itu telah meninggal dunia sekitar jam 12.15 malam di Hospital Selayang pada 30 November lalu..

Walaupun, sudah hampir sebulan Pak Yus telah meninggal dunia.. Tanah perkuburan pelawak itu di Kampung Nesam, Kangar masih terus diziarahi sahabat handai, kenalan dan rakan artis..

Semalam, pelakon Kazar telah melawat tanah perkuburan bersama sepupu Yus Jambu.. Nizam juga merupakan pengurus kepada Yus sewaktu hidupnya sejak 2012.. Menurut Nizam, rakan sekampung arwah turut menukar batu nisan baru di kubur arwah sebagai sumbangan ikhlas dari mereka..

“Kelmarin Kazar ada di Kodiang, Kedah untuk lakonan drama terbaharu, jadi saya ajak dia untuk melawat kubur Yus, pada masa yang sama rakan-rakan Yus turut membelikan batu nisan.

“Arwah dan Kazar main bola sepak untuk pasukan Kelab Sukan Artis Malaysia, saya harap orang ramai akan terus mendoakan untuk kesejahteraan  arwah di alam sana,” katanya..

Pemergian arwah memang memberi kesan yang mendalam dalam diri setiap orang yang mengenali dirinya.. Sama-samalah kita sedekahkan al-fatihah untuk arwah.. Miss A/UtaraNews.com

ep2p-2