Ku Li pun dihidapi penyakit Nyanyuk macam Mahathir?

Pelik apabila Veteran Umno yang seangkatan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad, Tengku Razaleigh Hamzah atau lebih dikenali Ku Li mengatakan dirinya tidak mempunyai pekerjaan sekaligus tidak dapat menyahut saranan Datuk Seri Ahmad Maslan.

Sejauh mana kebenaran yang mengatakan bahawa Ku Li tidak mempunyai pekerjaan?? Adakah Ku Li telah nyanyuk dan lupa bahawa dirinya kini merupakan seorang Ahli Parlimen Gua Musang dan Ketua Umno Bahagian Gua Musang?? Takkan lah Ku Li juga menghidap sindrom nyanyuk tahap kronik seperti Mahathir?

Jika jawatan yang disandang Ku Li ini dianggap bukan satu pekerjaan oleh beliau, Andy merasakan Ku Li layak dipecat dan digantikan dengan pemimpin yang lain kerana tidak syak lagi Ku Li turut mendapat penyakit yang sama seperti Mahathir iaitu ‘nyanyuk tahap tertinggi’.

Yang lebih lawak lagi, selain mendakwa dirinya tidak mempunyai pekerjaan, Ku Li turut mendakwa bahawa rakyat di negara ini tidak dapat melakukan dua kerja kerana peluang pekerjaan untuk rakyat pun tidak ada. Dari mana agaknya Ku Li dapat fakta tentang hal ini? Apakah Ku Li berasakan dirinya tinggal di negara Bangladesh atau Myanmar yang kurang peluang pekerjaan?

Andy tidak merasakan peluang pekerjaan untuk rakyat dinegara ini tidak ada… Jika benarlah tiada peluang pekerjaan di Malaysia, mengapa kerajaan terpaksa mengambil pekerja luar negara untuk dibawa masuk ke negara ini bagi memenuhi peluang pekerjaan yang ada dalam negara?

Ini menunjukkan bukannya tiada peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia, sebaliknya rakyat Malaysia terutamanya orang Melayu sendiri terlalu memilih dalam pekerjaan mereka… Tak percaya?? Tengok sajalah disekeliling kita dimana anak-anak melayu lebih suka buang masa merempit dan mengharapkan kerja yang gaji lumayan.

Persoalannya.., berapa kerat anak muda sekarang sanggup bekerja ditempat yang kotor, berat dan bahaya??? Sudah pasti 98% tidak akan melakukan pekerjaan dalam kategori-kategori ini… Apa yang orang Melayu mahu adalah bekerja dalam keadaan yang selesa yang ditemani dengan penghawa dingin dan gaji yang ‘mahsyukk’ sahaja.

Orang Melayu juga tidak berani untuk menceburi dalam bidang perniagaan yang sememangnya akan memberi kejayaan sekiranya mereka bersungguh-sungguh dalam bidang tersebut.

Tidak ramai orang Melayu berani menceburi bidang perniagaan ini kerana mereka tidak berani dan sejak-sejak awal lagi mereka telah fikir mereka akan mengalami kerugian besar jika terjun ke bidang ini. Sebaliknya, mereka hanya berani mengkritik dan mengutuk kerajaan kerana tidak membantu memewahkan kehidupan mereka.

Mungkin bagi mreka.., kutuk kerajaan didalam facebook dan laman sosial setiap hari merupakan ‘pekerjaan’ yang lebih menguntungkan dan mampu ubah nasib hidup mereka menjadi lebih baik.. -AndyBolat/Utaranews.com-

ep2p-2