Katanya inilah bakal suami Marsha Milan Londoh..

Beberapa hari lepas, tersebar sekeping kad jemputan kahwin tertera nama pelakon Marsha Milan dan kekasihnya Mohd Saiful di media sosial..

Mengikut apa yang tertulis pada kad itu, tarikh pasangan ini akan bekahwin pada 8 Januari tahun depan di The Majestic Hotel..

Terkini, ada maklumat memaklumkan pasangan ini akan menikah di Pulau Pinang pada 31 Disember.. Ada sumber telah menyebarkan beberapa keping gambar mendakwa pasangan ini seakan mengadakan majlis merisik..

Tampil seorang jejaka memakai baju putih sama warna dengan Marsha, buatkan Miss A tertanya-tanya.. Adakah lelaki ini bakal suaminya? Memang nampak serasi bersama..

Kalau betul jejaka dalam gambar itu adalah bakal suami Marsha.. Miss A harap dia dapat membimbing dan menjaga isterinya dengan baik sebagai seorang yang beragama Islam.. Kita sebagai individu beragama Islam kena tunjukkan contoh yang baik pada golongan mualaf.. Miss A/UtaraNews.com

ep2p-5small