Kadir Jasin buat lawak bodoh bila tuduh Najib takut dengan Muhyiddin.

Benarkah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sudah takut dan tidak senang duduk dengan gerakan yang dilakukan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama pengikutnya??

Menurut wartawan veteran yang merupakan bekas pengarang Kumpulan News Straits Times Datuk A Kadir Jasin, selepas memecat Muhyiddin dan beberapa pemimpin yang lain, Najib dilihat semakin takut dengan tindakannya itu.

Jelas Kadir, beliau yang telah mengenali Najib sejak tahun 1977 tidak pernah melihat Najib begitu takut pada hari ini sehingga sanggup menyekat timbalan presiden parti untuk bersuara.

Tambah Kadir, dengan sekatan yang dibuat Najib terhadap Muhyiddin menampakkan Najib semakin lemah sebagai presiden parti, walhal Muhyiddin bukanlah seorang pemimpin yang berpengaruh kuat seperti Datuk Seri Anwar dan Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Mereka yang besar bilangannya dan mempunyai kuasa yang luas ke atas jentera propaganda parti takut berdepan dengan seorang timbalan presiden yang tidak berjawatan dan tidak ada akses kepada jentera parti.

“Dalam kedaan biasa, Najib dan Muhyiddin sama kuat atau sama lemah. Tetapi dalam keadaan sekarang, Najib nampak lebih lemah. Muhyiddin bukan dalam kategori mahaguru politik seperti Allahyarham Datuk Harun Idris, Tun Mohamad Ghazalie Shafie,Tan Sri Syed Jaabar Albar, Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Anwar Ibrahim dan Tan Sri Sanusi Junid,” kata Kadir.

Untuk pengetahuan Kadir, halangan yang dibuat oleh Umno terhadap Muhyiddin bukanlah satu ‘signal’ bahawa Najib takut. Ia sebenarnya adalah untuk mengelakkan Muhyiddin meroyan dihari Perhimpunan Agung parti itu nanti. Semua tahu bahawa Muhyiddin langsung tidak meredhai apabila dirinya dipecat dari kabinet.

Selain itu, keputusan Umno menghalang Muhyiddin untuk berucap di dalam Perhimpunan Agung Umno (PAU) ataupun mana-mana mesyuarat parti, adalah semata-mata disebabkan mahu mengukuhkan dasar parti.

Kita sendiri dapat melihat sebelum ini, dimana Muhyiddin yang masih diberi kesempatan untuk berucap dalam mesyuarat Umno Bahagian, telah menyalahgunakan peluang yang diberi dengan bercakap atas kepentingan peribadi sehingga menimbulkan kekacauan.

Malah, sebelum beliau dipecat dari kabinet pun beliau telah mengadakan gerakan secara senyap untuk menyingkirkan perdana menteri dalam sidang tertutup yang diadakan.

Justeru itu, daripada Umno terus berpecah-belah dengan ucapan yang mahu disampaikan dan gerakan oleh Muhyiddin ekoran tidak berpuas hati dipecat dari kabinet, adalah lebih baik Umno mengambil langkah mencegah terlebih dahulu. Bak kata pepatah, lebih baik mencegah daripada merawat.- Utaranews.com

ep2p-2