Jihan Muse lebih utamakan kerja berbanding peminat?

Kontroversi yang melanda diri pengacara dan pelawak wanita iaitu Jihan Muse nampaknya masih lagi tak habis.. Sebelum ini memang ada pihak mendakwa Jihan sejak popular sudah berubah dan sombong tak seperti dulu..

Individu yang bercakap mengenai sikap Jihan ini datang dari ramai orang.. Termasuklah rakan media dan peminatnya sendiri.. Kerana sikapnya itu juga, Jihan dikatakan tewas untuk kategori Pelakon Komedi Wanita Popular di majlis Anugerah Bintang Popular BH 2014 yang berlangsung April lalu..

Tetapi, Jihan telah menafikan semua dakwaan itu, dia telah memberi kenyataan menjelaskan dia bukan sombong.. Sebaliknya ketika peminat bertemu, dia dalam situasi sibuk bekerja dan kepenatan.. Tu yang buatkan dia tak melayan sangat peminat-peminatnya..

Baru-baru ini, sikap sombongnya itu diceritakan sendiri oleh rakan yang rapat dengan Jihan.. Teman sendiri tak tahu mengapa setiap kali bertemu Jihan, pelawak itu sudah tak mesra seperti dulu.. Bila diajak berbual, bercakap seperti acuh tak acuh..

Kalau waktu tak ‘popular’ bila teserempak saja mereka berborak bagai nak gila, gelak ketawa.. Kini, terserempak cakap sepatah dua kata cukup syarat terus nak beredar..

Kalau Jihan ni sibuk sangat dan kepenatan bekerja, kalau rakan artis berkahwin pasti Jihan akan sentiasa ada untuk menjadi dayang pengantin perempuan.. Takkan hanya mesra dengan rakan-rakan artis sahaja? – Miss A/UtaraNews.com

ep2p-5small