Instagram Fazura dipenuhi dengan perkataan "KimK"

Ada khabar angin mendakwa pelakon Fazura akan bertemu empat mata dengan pemilik akaun Instagram @VII.NARZA semalam..

Kononnya pertemuan empat mata tu dikatakan mahu dibuat oleh Fazura kerana mahu menjernihkan keadaan atas kontroversi yang melandanya..

Tapi dah nama pun khabar angin kann… Sebenarnya Fazura telah pun berada di Singapura, dia telah memaklumkan hal tu pada media menerusi pesanan ringkas menerusi WhatsApps..

Apapun.., sejak dari kes itu, ruangan komen IG milik Fazura penuh dengan komen “KimK”.. Hanya kerana telah salah faham dengan maksud yang Fazura ingatkan adalah “Kimak” sebenarnya adalah “Kim Kardashian”..

Tindakan itu telah mengundang kritikan hebat dari pengguna laman sosial sehingga menjadi trending di laman sosial twitter sehingga ke hari ini..

Sehingga kini Fazura tidak lagi tampil untuk memohon maaf secara terbuka pada wanita itu walaupun sudah didesak oleh ramai peminatnya..

Tapi, kalau Fazura dapat berjumpa empat mata dengan wanita itu pun bagus juga Miss A rasa.. Minta maaf bukannya susah pun kann.. Kecualilah diri tu ego sangat sampai nak cakap maaf pun payah.. Betul tak? – Miss A/UtaraNews.com

ep2p-5small