Ini jawapan Afdlin Shauki kepada Aishah tentang program Tribute To Pak Yus.

Isnin lalu, industri hiburan telah dikejutkan dengan berita pemergian pelawak yang dikenali sebagai Pak Yus akibat serangan jantung.. Kematian Pak Yus sangat dirasai  peminat dan rakan-rakan baiknya..

Sebelum pemergian Pak Yus, dia ada terlibat dalam rancangan Juara Parodi, di mana Pak Yus merupakan ahli kumpulan Kobis Pedas yang dianggotai rakan karibnya, Tauke Jambu dan Misha Omar..

Pada minggu kelima Juara Parodi jumaat lalu, pihak penerbitan bersama Astro Warna telah menangguhkan program itu dan telah digantikan dengan rancangan ‘Pak Yus Dalam Kenangan’..

Rancangan ini mereka menyampaikan persembahan khas buat Allahyarham Pak Yus.. Tetapi rancangan yang disiarkan secara langsung pada Jumaat lalu nampaknya tidak disenangi oleh beberapa pihak.. Program itu disifatkan sebagai satu rancangan agak keterlaluan.. Penyanyi Aishah juga merasakan program itu tidak bermanfaat kerana amalan seperti agama lain..

Menjawab komen negatif dari netizen, Afdlin tak kisah dengan tanggapan itu.. Kalau tak suka sila tutup TV atau tukar siaran lain..

“Saya tidak kisah apa yang orang luar mahu cakap tentang program ini, bagi saya ia adalah ruang untuk kami yang sudah dianggap seperti keluarga untuk meluahkan segala perasaan sedih. Kalau orang luar fikir perkara negatif tentang program ini, itu hak mereka dan sila tutup televisyen atau tonton siaran lain.” katanya..

Miss A rasa tak perlulah kita nak berbalah tentang orang yang sudah tiada.. Apa yang tidak baik itu kita tolak, apa yang baik kita jadikan contoh.. Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah untuk semua umat Islam yang telah tiada.. Miss A/UtaraNews.com

ep2p-2