Hayat Guan Eng sudah makin pendek di P.Pinang.

Majlis Konvensyen Biasa DAP Pulau Pinang 2015 yang diadakan Ahad lalu telah dicemari dengan adegan tunjuk perasaan oleh sekumpulan lelaki, dalam anggaran lebih 20 orang. Tunjuk perasaan atau demontrsi tersebut diadakan di hadapan sebuah hotel di Bukit Jambul, berdekatan konvensyen tersebut diadakan.

Demonstrasi tersebut menunjukkan bahawa rakyat Pulau Pinang sebenarnya menolak kepimpinan yang dibawa oleh Setiausaha Agung parti Lim Guan Eng selaku Ketua Menteri.

Suara-suara kecil penolakan kepimpinan Guan Eng itu mewakili seluruh rakyat Pulau Pinang. Mereka dengan lantangnya mendesak supaya Guan Eng meletak jawatan dan memberi laluan kepada pemimpin baru untuk memerintah.

Kumpulan lebih 20 orang lelaki terbabit mendesak supaya kerajaan Pulau Pinang mengangkat Pengerusi DAP Negeri Chow Kon Yeow  sebagai Ketua Menteri yang baru, dan memaksa Guan Eng melepaskan jawatannya.

Perhimpunan yang berlangsung seawal 9 pagi terbabit menyaksikan kumpulan tersebut memang sepanduk memberi sokongan kepada Chow, sepanduk tersebut tertera tulisan ‘Chow Kon Yeow Chief Minister of Penang, We Want You’, ‘Anak Negeri Pulau Pinang Sokong Chow Kon Yeow Sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang’ dan ‘Lim Guan Eng Balik Melaka.’

Walaupun rakyat Pulau Pinang mahukan Chow menjadi Ketua Menteri, namun Chow menyuarakan sokongan penuh kepada pucuk kepimpinan yang dibawa Guan Eng selaku Ketua Menteri yang memerintah kepulauan tersebut sejak bertahun-tahun yang lalu.

Sanggup jugak noh Chow tengok rakyatnya tersiksa dibawa kepimpinan Guan Eng, mungkin dia sendiri takut untuk derhaka dekat Guan Eng walaupun rakyat bersedia untuk berdiri dibelakangnya hahaaa kesian! DAP memang tak boleh pakai.-TiraGomez/UtaraNews.com

ep2p-2