Guan Eng "kena tampar" dengan Pas di Kepala Batas

Setiusaha Agung DAP, Lim Guan Eng menerima tamparan hebat dari orang Melayu Kepala Batas apabila orang Melayu yang kononnya menyertai parti Cina Cauvanist pada 25 November lalu membuat pusingan U dengan menyertai Pas.

Kumpulan orang Melayu Kepala Batas tersebut menyerahkan borang keahlian untuk menyertai parti Islam itu di Pejabat Pas Kawasan Kepala Batas semalam.

Perkara ini merupakan tamparan hebat buat Guan Eng yang sebelum ini yakin bahawa parti cina cauvanist itu berjaya menarik pengundi orang Melayu ke dalam parti itu.

Namun, baru beberapa hari menyertai parti itu, kumpulan orang Melayu Kepala Batas tersebut sudah menyedari bahawa mereka tersilap langkah memilih DAP kerana parti itu jelas memperjuangankan hak orang-orang Cina .

Dengan itu, diharap orang Melayu di seluruh negara ini yang masih buta dengan perjuangan DAP dapat membuka mata hati agar tidak terpedaya dengan janji-janji manis parti cina cauvanist itu yang kononnya akan memperjuangkan hak orang Melayu.

DAP sebenarnya hanya menabur janji manis kepada orang Melayu untuk meraih undi orang-orang Melayu, sebaliknya mereka hanya mengutamakan kaum mereka terlebih dahulu dan perkara seperti ini sudah terjadi di Pulau Pinang dimana umat Melayu di negeri itu terpaksa hidup sebagai pelarian.

Selain itu, kita dapat melihat jawatan tertinggi dalam parti juga diberikan kepada kaum mereka walaupun terdapat sekelompok kaum Melayu buta hati di dalam parti itu.– Utaranews.com

ep2p-2