Guan Eng ingat duit derma RM 2.6b turun dari langit?

Kalau sebut sahaja nama Lim Guan Eng, pasti rakyat P.Pinang tahu betapa cauvinisnya anak Lim Kit Siang ini. Guan Eng bukan saja berlagak pandai di P.Pinang, tapi dia juga hanya tahu buat janji tanpa langsung tahu untuk menunaikannya.

Hari ini Guan Eng buka mulut lagi untuk pertikaikan soal derma RM 2.6 billion yang diberikan kepada Presiden UMNO untuk parti UMNO. Entah kenapa lah cina bukit ini sibuk sangat tentang derma politik untuk parti lain. Mungkin dia dah tak ada kerja di P.Pinang agaknya.

Guan Eng didalam satu kenyataan dalam Malaysiakini dengan bangganya mengatakan bahawa penderma yang beri wang sebanyak itu langsung tak wujud didalam dunia. Ini bermakna, mungkin Guan Eng anggap duit tersebut jatuh dari langit.

Disamping itu juga, Guan Eng beranggapan bahawa mustahil ada umat Islam yang menderma kepada umat islam lain tanpa mengharapkan sesuatu balasan. Itulah.., Guan Eng kan kafir, jadi dia mana tahu tentang dosa dan pahala.

Umat Islam memang digalakkan untuk menghulurkan derma ikhlas bagi membantu umat Islam lainnya. Tak kiralah dari soal makanan, hinggalah soal politik.., semuanya boleh menjana pahala seandainya dilakukan dengan ikhlas.

Guan Eng mana tahu semua ini.. Dia hanya tahu jika beri duit pada seseorang, maknanya kena ada sesuatu sebagai balasan. Itulah yang Guan Eng buat di P.Pinang.

Dia beri RM 100 pada warga emas semata-mata untuk tipu seluruh rakyat kononnya dia sangat prihatin. Akhirnya dia gadai kebanyakan tanah orang kampung di P.Pinang atas alasan pembangunan.

Makcik dan pakcik yang susah kemudiannya berniaga di tepi jalan untuk mencari sesuap nasi, tapi pun dihalau oleh ‘balaci-balaci’ penguatkuasa dibawah kerajaan DAP pimpinan Guan Eng. Siapa yang zalim sekarang? Najib atau Guan Eng?

Jadi Guan Eng tak payahlah nak tunjuk baik kononnya prihatin dengan duit dana politik UMNO. DAP sendiri pun tak terurus dengan pendaftarannya sehingga kini. Negeri P.Pinang pun semakin teruk dilanda banjir dan juga masalah kos sara hidup rakyat. Guan Eng tak nampakkah semua ini?

Kalau Guan Eng rasa dah tak mampu nak tadbir negeri sebagai Ketua Menteri, eloklah pergi balik kampung di Melaka. Lagipun rakyat P.Pinang sudah muak dengan cina Melaka yang cuba tunjuk pandai di negeri mereka. Cuma Guan Eng saja yang muka tak malu! – Big B/Utaranews.com

ep2p-5small