DAP akan Iktiraf ISRAEL jika memerintah Malaysia?

Sokong DAP bermakna sokong Israel laknatullah.. Mungkin itu ungkapan paling tepat untuk menggambarkan tentang parti cap roket yang kini ghairah mahu ‘menjajah’ Tanah Melayu melalui pentas politik.

Perbuatan wakil DAP yang marah apabila Malaysia yang ditadbir oleh kerajaan BN, tidak membenarkan pemain luncur angin Israel bertanding dinegara ini, jelas menunjukkan bahawa DAP memang menyokong regim Israel.

Sudah lama rasanya Malaysia memutuskan hubungan diplomatik dengan Israel baik dari segi perdagangan mahupun kejohanan sukan. Takkan DAP dan wakil-wakil cinanya tak tahu mengenai ketetapan yang digunapakai oleh Malaysia?

Malaysia menolak sebarang hubungan dengan Israel adalah kerana mengecam perbuatan regim zionis yang membunuh rakyat Palestin secara sewenang-wenangnya. Regim zionis Israel juga secara terbuka bermusuh dengan umat Islam sambil menjajah bumi Palestin.

Perbuatan zalim dan tak bertamadun Israel ini bukan sahaja ditentang oleh Umat Islam di Malaysia, tetapi ia juga ditolak oleh semua umat Islam di dunia.

Jadi mengapakah parti DAP yang di dominasi oleh keturunan pendatang ini berkeras mahu Malaysia membenarkan dua pemain Israel masuk ke negara ini? Mengapa DAP mahu Malaysia mengiktiraf dua warga Israel dan membenarkan mereka ‘bersuka ria’ di Tanah Melayu?

Ini membuktikan bahawa wakil-wakil DAP langsung tak peduli dengan sensitiviti Umat Islam dan langsung tak kisah dengan dasar diplomatik Malaysia sebagai sebuah negara Islam terhadap Israel laknatullah yang anti Islam.

Cuba bayangkan jika DAP bersama gerombolan Pakatan ditakdirkan memerintah Malaysia, sudah pasti negara ini akan mempunyai hubungan yang sangat mesra dengan zionis Israel dan segala sekatan dasar diplomasi negara dengan Israel akan dihapuskan.

Inikah yang umat Islam mahukan? Inilah agenda jahat DAP yang mahu menjahanamkan Umat Islam dan bangsa melayu dengan fahaman sekular mereka. DAP sokong Israel.. Siapa berani nafikan kenyataan tersebut? – Big B/Utaranews.com

ep2p-5small