Cina Kurang Ajar dalam Pesawat Air Asia!

Korang kalau jumpa manusia jenis yang tak tau menghormati orang lain yang cenggini, apa yang akan korang rasa?? Mesti rasa bengang dan macam nak tumbuk-tumbuk aje muka tu kan!

Wanita ni lah antara manusia yang tak ada adab dan hormat orang lain masa dalam pesawat. Selamba aje angkat kaki naik kat tempat duduk orang depan. Kurang ajar! Wanita ni adalah salah seorang penumpang peasawat AirAsia masa penerbangan dari Bangkok ke Xi’an, China.

Gambar ni diambil oleh mangsa kepada wanita tu selepas ditegur agar turunkan kaki tu tapi wanita tu tak nak turunkan dan buat muka selamba badak aje! Sakit hati ni melihat, nak duduk selesa dalam pesawat tu pun tak tenang lah..

Terjumpa makhluk sengal ni lagi menyakitkan hati, sepanjang perjalanan tu mesti bersumpah seranah mangsa tu kepada wanita kurang ajar tu kan. Mangsa bertindak muatnaik gambar wanita tu di laman sosial Weibo dan tak lama lepas tu menjadi viral.

Ramai netizen di China kutuk tindakan wanita kurang ajar tu! Mangsa tu pun tak suka dengan tindakan wanita tu dan meminta berhenti bersikap biadap kerana mengganggu orang lain. Betul tu!  Lain kali kalau jumpa lagi orang cenggini, tolak aje kaki tu ke bawah.. MissHana/Utaranews.com.

ep2p-2