Cekodok pisang gebus.

 cekodok pebret sepanjang masa… asal nama cekodok, isi apa pun la… memang jadi kesukaan semua dalam rumah ni. apa lagi dapat dinikmati masa panas2 bersama secawan kopi, memang ngam sangat la tu… dan kalau tak habis makan pisang yang dibeli, akhirnya cekodok ni la jadinya… gebus n tembam jer cekodok ni.

resepi kak rose cnp dari blog ita, kak rose kongsikan kat sini lak ya…

8 biji pisang emas ~ pisang yang lain pun boleh (kak rose guna 4 biji jer pisang cam kat atas tu)
3/4 camca teh soda bicarbonat
1 sudu teh baking powder ~ ita tambah
1 camca besar gula peerang
1/3 camca besar gula halus
1 cawan tepung gandum ( lebih atau kurang ikut adunan kalau terlembik tambah sikit tepung )
1/4 camca teh garam halus
Minyak untuk menggoreng

Kupas pisang, lecek bersama gula, garam, baking powder dan soda bikarbonate hingga hancur.

Masukkan tepung dan gaul rata hingga sebati. Perap 30 minit.
Panaskan minyak pada tahap kepanasan sederhana. Basahkan hujung jari dalam air, jemput kan adunan tadi ke dalam minyak panas, pastikan jangan banyak2, mat buat dalam 10 biji macam tu, sebab ianya akan kembang. 
Tapi ini bergantung pasa saiz kuali yang anda gunakan.
Goreng hingga kuning keemasan pada seluruh bahagian cekodok. Angkat dan toskan. Letak atas paper towel dan biar minyak terserap.

ep2p-5small