Bukan Letupan Bom, Kebakaran Kereta Perbuatan Khianat – KPN

KUALA LUMPUR – Kebakaran yang melibatkan enam buah kereta musnah di tempat meletak kenderaan transit aliran ringan (LRT) Taman Jaya, Petaling Jaya di sini, dipercayai berpunca daripada perbuatan khianat.

 

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar melalui Twitter miliknya turut menafikan terdapat letupan bom dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 12.58 tengah hari itu.

 

“Ada orang yang sengaja melakukan kebakaran di LRT Taman Jaya, Pj. Tiada letupan berlaku. @PDRMsia sedang menjalankan siasatan ke atas perbuatan khianat terbabit,” katanya.

 

Sementara itu, Prasarana Malaysia Bhd. (Prasarana) dalam satu kenyataannya berkata, kejadian tersebut berlaku berhampiran dengan LRT Taman Jaya dan tempat meletak kenderaan terbabit tidak dikendalikan oleh syarikat berkenaan.

 

Jelasnya, bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa terlibat dan perkhidmatan servis LRT berjalan seperti biasa. – UTUSAN



This entry was posted in Berita (Semasa), Terkini. Bookmark the permalink.