Balik kampung

 Asalamualaikum kawan2… semuga dalam rahmat Ilahi semuanya… ni kisah kak rose balik kampung minggu lepas. bila duduk berjauhan dengan keluarga dan bila ada kecemasan, transportation yang paling cepat ialah dengan flying…  bila dapat panggilan kecemasan sudah pasti tak tentu arah dibuatnya… dan tiket pun dah tak leh nak booking online bila dah suntuk iaitu kurang dari 4 jam nak fly… lepas keja, terpaksalah en asben terus pecut ke epot untuk tiket dan masa tu dah jam 8 malam… 8.30 en asben bagi tau dah dapat tiket, nak fly jam 10.05… so dia terus tunggu kat airport dan kak rose pulak mintak jiran tolong hantarkan…. dengan jalan penang yang jem, macam nak terbang dia bawak keta!… ngam2 sampai kat epot pukul 9.20. nasib baik en asben dah check-in awal2, cuma baggage yang lambat sampai… Air Asia ni kata jer tambang murah, tapi beg jer kena sampai rm79++, dan maklumlah tiket masa musin cuti sekolah ni…semuanya potong kepala! apa pun syukur Alhamdullilah perjalanan kami malam tu ke JB dipermudahkan.. and arrived ahead of schedule, katanya… walaupun cuma awal 3 minit!

 on de way balik kami amik flight dari KL… dari kampung terus ke kl sebab en. asben ade nak singgah beli barang computer kat Subang Parade dan terus ke airport….

 Malindo Air jadi pilihan… tak ada nak kena charge baggage fees bagai… harga tiket n tak de additional hidden charges.

ada snack lagi dalam tu, suka dengan mefar biskut ni. sedap pulak. Air Asia habuk pun tak dak! minggu depan, Insya Allah nak travel lagi…. Ya Allah permudahkan lah urusan kami.

And look, who is in the same flight with us.. Penang’s CM berbaris dibelakang kami, so apa lagi, kepochi mintak nak amik gambo.. bila en asben soh dia baris didepan dia kata… it’s ok, bukannya kapal terbang dulu pun… kita sama2 terbang kan! soooo humble.

ep2p-5small