Apabila Guan Eng mengaku lebih suci dari 'TOKONG'..

Secara tidak semena-mena, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng secara ‘jujurnya’ mengaku bahawa dirinya masih suci kerana tidak pernah sekali pun pertikaikan mengenai isu yang derma RM2.6 bilion.

Hairan sungguh hairan… Tidak logik!! Sedangkan sebelum ni para kronik DAP dan tunjangnya lah yang begitu nyaring menyanyi menghentam dana RM2.6 bilion yang disalurkan ke akaun bank peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Lebih mengejutkan, Guan Eng juga mengaku dirinya masih ‘teruna’ dan nafi pernah terjebak dalam aktiviti memberi ulasan soal hubungan baik yang terjalin antara Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan Najib di laman Twitter.

Setiausaha Agong DAP itu sekali lagi membuat penafian pernah tweet menuduh PAS mendapat ‘manis-manis’ dari hasil dana RM2.6 bilion. Amboiii suci murni sungguh noh, padahal sebelum ni siap dengan kad plakad lagi, tapi still mengaku anak teruna.

“Saya tidak pernah mengulas mengenai isu itu sejak Mesyuarat Agung Tahunan Umno (yang berakhir) minggu lalu. Saya rasa itu adalah hal mereka dan masalah keluarga mereka, bukan hal kami.

“Ia tiada kaitan dengan saya atau DAP, jangan cuba untuk mengaitkan saya dengan mereka (Najib atau Hadi), ini adalah kerja-kerja orang jahat dan berniat jahat,” kata Guan Eng.

Hal anak beranak yeeee.. Habis tu siapa yang tweet “PAS antara yang terima bahagian daripada dana RM2.6b. Jadi memang layak mereka berkawan baik”?? Tweet tersebut dipost menggunakan akaun @DairyYB dan ada kaitan dengan akaun @cmlimguaneng yang dipegang sendiri oleh dirinya.

Mungkin Lim Guan Eng rasa panas melihat kemesraan yang terjalin antara PAS dan UMNO, kemudian pura-pura slumber, tak cemburu kononnya. Mungkin takut kalah dalam Pilihan Raya Umum ke 14 nanti jika benar-benar PAS dan UMNO bergabung, sebab tu gelabah semacam je.-TiraGomez/UtaraNews.com

ep2p-2